Dalam bahasa
Melayu, peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan
pepatah. Setiap satunya untuk memberi pengajaran tertentu.
Orang
dulu-dulu cakapnya berlapik. Malah, banyak mengaitkan tentang alam dan keadaan
persekitaran. Contohnya:
Seperti
kucing nak beranak.
Seperti
kucing keguguran anak.
Bagai kucing
kehilangan anak.
Bagai kucing
jatuh anak.
Kesemuanya
sebenarnya nak menggambarkan aksi seseorang yang tidak keruan dan berasa serba
tidak kena. Duduk salah, berdiri salah. Macam-macam yang difikirkannya.
Jadi macam
mana kita ni nak tahu kucing ni nak beranak dah?
Ha,
memandangkan bukan kelulusan doktor veterinar, idak le tau bila due datenya
tapi marilah kita tengok balik peribahasa di atas. Seperti kucing nak beranak.
Kucing ni kalau nak beranak, dia mula masuk bawah katil, bawah tangga dan cari
tempat tersorok. Tak keruan
kelihatannya. Kalau pencariannya lebih kerap, maksudnya memang tak lama la tu.
Jadi kita sediakanlah kotak untuk tempat dia bersalin.
Contohnya
kucing ni baru datang Januari lepas. Entahlah sama ada sesat atau orang buang sebab
dia betina. Bila kita selalu bagi makan, jadilah penunggu setia di luar. Muda
remaja lagi, tu yang panggil Baby Siam. Tiba datang musim mengawan, udahlah mengandung
pulak.
Masa mula-mula datang. Si mata biru yang comel. |
Lagi dua hari dia nak beranak, pantang ada peluang pintu terbuka, dia akan masuk rumah dan masuk tempat-tempat tersorok. Memandangkan itu tanda-tanda nak beranak, saya sediakan kotak dan letak dia di beranda. Memang dia tak adalah nak duduk situ. Dua hari kemudiannya, bila nak bagi makan, dia tak datang. Jadi, agak dah beranak gamaknya.
Pandai pulak dia beranak dalam kotak yang disediakan. Dua ekor.
Anak dua ekor selamat dilahirkan. Pandai masuk kotak yang disediakan. |
Lepas tiga hari, tengok dalam kotak, anak dia dah tak ada. Ha takkan dah dibunuh kucing jantan atau haiwan lain. Maknya selamba je duk tunggu makan. Tak ada pun seperti yang dikatakan peribahasa bagai kucing kehilangan anak. Ibu kucing ni kalau hilang anak, memang mengiau bagai nak gila dan tak tentu arah.
Keesokan
harinya pun masih tak dapat kesan sama ada anaknya mati atau dibawa pindah
sebab dia tetap datang makan di rumah. Setelah lebih kurang seminggu, datanglah
dia bawa anaknya seekor je. Mata pun dah celik. Agaknya yang seekor tu dah
mati. Ibu muda ni jenuhlah nak menjaganya, sebab asyik pindahkan anaknya.
Pernah jumpa anaknya tu lenjun kena hujan. Heh maknya pun idakle pindah ke
tempat yang kering. Ni pun dalam sehari udah 3,4 kali dia pindahkan anaknya.
Mungkin emaknya rasa tempat-tempat tu tak selamat. Hanya ibu yang mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya, kan.
Tinggal anak yang warna hitam dan putih sahaja. |
Kalau korang
rasa, “Bela aje la, kan kesian anaknya tu”. Ha tolong bincang dengan tuan rumah
ni(gambar bawah). Dia memang tak boleh dibawa berbincang. Tak berkawan dengan kucing lain.
Semuanya kena buru.
"Siapa ngumpat aku ni" |
No comments:
Post a Comment