Bukan kasi
yang maksud beri, tapi mandulkan. Kebanyakan kucing yang biasa dibuang ialah kucing betina sebab selalu beranak.
Bukan sahaja beranak banyak, kerap pula tu. Dan memang kucing betina nilah
selalu jadi mangsa. Kesian.
Kawasan
rumah saya sentiasa ada kucing yang datang dan terus menetap di situ. Dah jadi satu rutin pula, bila kucing tu mati atau hilang. Ada je yang datang
mengganti kawasan. Kebiasaannya yang datang kucing jantan. Baru-baru ni pula
ada dua kucing betina datang. Remaja lagi. Tapi kedua-duanya tak boleh bertemu
muka, pasti bergaduh. Jadinya seekor akan ‘jaga’ kawasan dari halaman depan
sehingga ke pagar. Seekor lagi dari bahagian dapur ke halaman belakang. Yang
paling untung mestilah yang jaga bahagian dapur. Mengiau sahaja dah dapat
makan.
Tiba masa
musim mengawan, aduhai kedua-duanya mengandung. Jika kita dapat berikannya
rumah, tak apalah kan. Ni dengan kucing yang ada di rumah pun tak terjaga dan
memang akan bergaduh dengan kedua-dua kucing yang di luar ni.
Teringat saya terbaca berita sebelum ni dari
persatuan haiwan yang mengatakan jangan sekadar beri kucing makan. Mandulkan
juga untuk kucing jalanan. Memanglah beri makan tu senang sahaja tapi sedar tak
sedar kita telah menyumbang kepada pembiakan tidak terkawal haiwan di jalanan.
Jadi saya ambil keputusan kasi, kan sebab tak mampu menjaganya dan tak dapat
nak sediakan rumah untuknya.
Baby, ada
anak dua ekor tapi mati seekor. Tinggal seekor. Lahir masa PKP. Yang seekor kucing lagi, tiga
ekor anaknya dan lahir dua hari sebelum Syawal. Kucing dah boleh dikasi selepas
anaknya berusia dua bulan.
 |
Baby namanya, kadang-kadang jadi Vivy. Jaga kawasan depan.
|
 |
Ni udah tak bernama, panggil Bab je (Debab) 3 ekor anaknya. Jaga kawasan belakang. |
Di Klinik
Veterinar Kuala Kangsar, proses pembedahan hanya hari Isnin dan Khamis sahaja.
Tidak perlu temu janji. Bayaran RM80 untuk betina.
Jadi
seelok-eloknya sebaik buka (8.30
pagi) kita dah hantar sebab dia berpuasa. Pemilik akan diberi satu borang
pengesahan dan tulis nama, alamat, no telefon dan tanda tangan. Kepilkan dalam
sangkar. Dia akan call bila dah siap. Masa tu lah juga baru terperasan anaknya
ada bengkak di kaki belakang. Udahle pulak mencari sangkar bawa anaknya. Pukul
3 baru nak gerak. Kata doktor, kaki anaknya bisul tapi dia suruh tunggu sampai
pecah sendiri sebab kalau dipecahkan awal luka kat dalam pula. Doktor cucuk
antibiotik dan bagi ubat bengkak.
2.30 petang
dapat panggilan kata dah boleh ambil. Doktor bagi ubat bengkak, antibiotik dan
iodin. Dia suruh datang minggu depannya buka jahitan. Masa ambil tu Baby dah
sedar, mak ai meronta-ronta cakar pintu sangkar nak keluar. Dahlah pintu
sangkar tu memang ada kerosakan sikit, silap-silap memang boleh terbuka
sendiri. Perjalanan dari klinik ke rumah yang 20 minit rasa lama bebeno dengan
trafik light yang asyik merah sahaja. Tak tenang dibuatnya. Pegang stering
sambil pegang pintu sangkar takut terbuka.
Balik rumah
baru pindahkan dalam sangkar besar. Sebenarnya masih lemah lagi, jalan jatuh
jalan jatuh masih longlai. Bawa anaknya nak jumpa maknya, sedihnya alahai anak
menderam tak nak dekat. Tak kenal maknya. Pagi tadi je pun baru berpisah.
Huhuhu. Saya sampai tengok semula kucing tu, betulke maknya, takut tersalah ambil. Memang ada kucing yang corak macam ni juga ada datang. Agaknya mak dia bau ubat, dia tak kenal.
Saya biarkan
anak di luar. Mujur bapaknya ada meneman.
Bapak? Hihi masa
dulu yang selalu datang ada 3 kucing jantan. Kalau ikutkan dari rupanya ingat
bapaknya yang ni. Jati-jati macam dia. Tapi idak le melayan. Tup-tup yang si
oren ni pulak rajin melayan. Ada la sikit warna oren kat belakang telinga.
 |
Jati-jati macam Jantan yang ni tapi sikit pun tak peduli.
|
Mak masih
dibiarkan berehat dalam sangkar. Letak dia dalam bilik dan anaknya dibiarkan
lepas dalam bilik yang sama.
Esok pagi.
Anaknya masih menderam-deram tak nak. Maknya dah boleh berdiri betul.
Hari ketiga,
bukakan sangkar, maknya terus dapatkan anaknya dan menjilat. Tapi anaknya buat
dek je dan masih menderam. Huhu sedihnya saya. Anaknya tak kenal mak walaupun
saya letak anak bawah perut maknya. Mak masih menjilat.
Hari
keempat, Alhamdulillah tengok anaknya dah menyusu pada emaknya. Entah apalah
agaknya dicakap maknya malam semalam.
 |
Toy namanya. Matanya unik. Macam serigala. |
 |
Anaknya dah kenal bau maknya.
Kedua-duanya
makan ubat yang sama cuma dos berlainan. Kaki anaknya masih membengkak tapi masih
berlari-larian macam tak ada apa-apa.
Hari Isnin
bawa maknya semula ke klinik dan buka jahitan. Doktor kata ok.
Anaknya pula kaki membengkak dan keluar air tapi masih aktif. Cuma ada satu malam, entah
macam mana dia terjatuh dalam baldi dan duduk dalam tu semalaman. Tak tahulah
sama ada dia cuba untuk melompat tapi memandangkan kaki belakang bengkak dia
tak boleh buat apa. Jenuh saya mencari, keliling rumah. Dia tak mengiau
walaupun saya melepasi baldi tu. Sejak itu dia tak lalu makan. Esoknya makin
teruk dan asyik baring. Akhirnya 2 Julai 2020, si anak mati. Sedih sangat. Sekarang
ni saya meluangkan lebih masa meneman maknya takut dia kemurungan. |