Thursday, March 24, 2011

Seronoknya jadi budak-budak



1.Sentiasa bebas, tak payah fikir macam mana nak cari duit, minta aja apa yang berkenan. Buat-buat menangis. Kalau tak dapat dari mak bapak, mintak kat mak saudara.

2.Tak payah fikir kalau nak buat sesuatu. Bila dah dewasa ni, sikit-sikit ish malulah nanti orang kata apa pulak. Semuanya terbatas kerana fikirkan nanti orang kata apa.

3. Masa budak-budak tak fikir berkenaan dengan apa bangsanya. Tapi bila dah dewasa ni, politik, agama dan budaya yang berbeza menyebabkan hubungan tu macam ada kekangan je.

Andai dapat diundur masa, nak balik semula zaman budak-budak tapi tak nak zaman ni, nak zaman saya jugak.

1. Budak sekarang banyak homework kena buat. Pagi pergi sekolah, petang sekolah agama. Dulu-dulu petang main je.

2. Budak-budak sekarang tiada kenangan main konda-kondi, tolak gelung tayar dan mainan tradisional yang lain. Sempat juga merasa main ni sebab duduk kampung. Sekarang ni semua mainan kena beli.

3.Sekarang ni banyak terbeban dengan tuisyen, dulu UPSR tak ambil tuisyen pun, sekarang ni hampir semua subjek ada tuisyen.

4.Dalam dunia tanpa sempadan ni, semuanya cepat, nak cari apa Google je. Masa dulu relax sikit. Sekarang ni siapa lambat ketinggalanlah jawabnya.

Opps sebenarnya nak cerita masa pergi Kinta City kelmarin nampak iklan bengkel untuk belajar buat belon ni jadi macam-macam rupa. Bayar RM120, lupa nak ambil detail. Siapa yang berminat, jenguk kat ruang legar ni. Menarik juga, selalu nampak lelaki je buat kerja ni perempuan tak pernah lagi. Saya tak suka main lipat-lipat belon ni. Ngilu bunyinya. Paling tak suka bila sukaneka ada acara tiup belon sampai pecah dan duduk sampai pecah. Apa motifnya untuk kesukanan ni???(hehe takut sebenarnya belon tu meletup). Memang akan mengelak kalau ada acara ni.

Wednesday, March 23, 2011

Rekayasa

Baca dalam surat khabar hari ni, kes yang sedang hangat sekarang. Mula-mula ingat salah eja tetapi ada rupanya ayat ni dalam kamus.

Rekayasa- penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu.

Cth ayat:
DBP harus lebih serius merekayasa bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta.

Isk isk isk...baca surat khabar Melayu pun kena tengok kamus.

Saturday, March 19, 2011

Koleksi Kraf Kertas

Sesetengah orang, ada bakat semula jadi. Buatlah apa-apa kraf pun mesti menjadi dan cantik. Setengah orang pula kena asah bakat tu baru dia boleh hasilkan sesuatu yang kreatif. Macam saya ni kena rujuk buku atau belajar dari orang baru boleh fikir sikit macam mana nak buat. Buku Koleksi Kraf Kertas ni menarik untuk rujukan saya menghasilkan barangan guna kain felt.


Tajuk: Koleksi Kraf Kertas

Penulis: Jasmine Her & Hazira Hamsah

Cetakan: Pertama 2010

Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad, Shah Alam

Muka surat: 80 halaman

Harga: RM 8


Sinopsis: Buku Koleksi Kraf Kertas ini memaparkan pelbagai jenis kraf yang menggunakan kertas sebagai bahan asasnya. Langkah membuat kraf ini dipermudahkan lagi dengan penggunaan penebuk kertas pelbagai bentuk yang boleh didapati di pasaran. Sememangnya kesemua kraf ini mudah dihasilkan sendiri. Malah, hasilnya sangat comel dan menarik.

Tidak terhad kepada golong dewasa, buku ini juga sesuai untuk semua lapisan umur termasuk kanak-kanak kerana langkah-langkah yang dipaparkan cukup mudah. Ia pasti membuatkan anda teruja untuk cuba menghasilkan kraf anda sendiri.

Komen: Lengkap langkah demi langkahnya. Gambarnya pun jelas. Menarik sekali menghasilkan gambar beruang, ikan, singa dan zirafah yang ditampal pada batang aiskrim. Boleh dijadikan penanda buku ni. Walaupun kena beli penebuk kertas yang pelbagai bentuk, tapi dari situ kita boleh dapat idea ubah suaikan mengikut barangan apa yang kita ada di rumah. Menarik untuk dicuba. Kalau sesiapa yang tak ada hobi tu boleh la mengisi masa lapang buat benda ni.


Jasmine Her

Koleksi Kraf Kertas: langkah demi langkah menghasilkan kraf yang

mudah & comel/ Jasmine Her, Hazira Hamsah.

ISBN 978-983-124-491-3

1.Paper work. 2.Handicraft. I.Hazira Hamsah. II. Judul

745.54


p/s: Pesta Buku Antarabangsa 2011, 22 April- 1 Mei 2011. Jom ramai-ramai kita memeriahkannya.

Friday, March 18, 2011

Coklat Emping Jagung

Resepi yang sama macam Peyek Coklat tu tapi yang ni buat bentuk bar. Mold ditaja oleh Mak Pah. Thank you.

Kalau biar macam ni je susah nak simpan so pakai kertas timah ni. Jadilah macam coklat yang jual kat kedai tu.

Ada trick sikit nak lipatnya. Kalau kita lipat macam biasa dia tak muat. Nampak terbelah kat tengah. Sebelum ni pernah tengok ada satu blog tu ajar lipat...sorry tak boleh nak letak link sebab dah lama sangat tengok sebelum saya buat coklat lagi so dah tak ingat blog yang mana.

Tricknya, kena serongkan sikit dan baru lipat di kiri dan kanannya. Kena hati-hati sebab kertas ni mudah koyak.
Kemaskan juga di bahagian depannya supaya nampak bentuk coklatnya. Siap.

Thursday, March 17, 2011

Peyek Coklat

Sebenarnya nak buat Choco Tuiles dari buku Terokai Rahsia Coklat. Resepinya mudah je tapi yang ni saya ubah suai mengikut apa yang ada di rumah. Coklat kompaun susu, cornflakes dan almond flakes. Campurkan kesemuanya kemudian leperkan senipis yang boleh atas tracing paper dan sejukkan dalam peti ais.

Chef Amer buat comel je bentuknya, macam bentuk kerepek ubi tu tapi saya buat dah jadi macam peyek. Tak tentu arah rupanya. Penangan haritu makan Peyek Pak Mat banyak sangat gamaknya. Yang penting rasanya sedap. Rangup pula tu, mungkin sebab dia nipis kot. Tak taulah kalau esoknya jadi lembik pulak sebab haritu buat haritu jugak habis. Tak sempat saya nak mengkajinya.