Tajuk: Bebas Dari Belenggu
Penulis: Dr . Azhar Hj Sarip
nerbit: Karya Bestari, Shah Alam, Cetakan Pertama 2010
ISBN:978-967-86-0354-6
Harga:RM 15
Sinopsis: Benarkah punca masalah adalah disebabkan hubungan kita dengan Allah SWT? Yakinlah ... andai kita mendekatkan diri pada-Nya, kita akan mendapat ilhan untuk keluar dari belenggu keresahan. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan.
Berhentilah bercerita tentang kegagalan lalu. Biarlah masalah lampau menjadi sejarah dan lihatlah masa hadapan dengan lebih jelas. Lakarkan kejayaan baru dan sejarah inilah yang perlu diulang berkali-kali. Ketahuilah bahawa orang yang berjaya adalah orang yang tahu bagaimana untuk menukarkan sejarah silam yang gelap ke sejarah cerah hari esok.
Komen: BEST. Di samping memberi motivasi, penulis menceritakan tentang pengalamannya bila berjumpa dengan orang-orang yang mempunyai masalah. Jadi taklah boring sebab seakan-akan bercerita. Sesetengah tajuk ada yang telah dibaca dari majalah Mingguan Wanita tapi bila dikompilasikan begini lebih mudahlah untuk kita merujuknya. Antara tajuk menarik, ‘Berdoa Itu Satu Seni’, ‘Mencari Kemahiran Diri’, ‘Saiz Iman: XS,S,M,L,XL atau XXL’ dan ‘Sejarah Untuk Difahami Bukan Untuk Ditangisi’.
Untuk dikongsi bersama ( di muka surat prakata):
Bila Mulut Berkata
Mungkin kerana leka
sekali pena terlepas dari genggaman
ucapan oopps mendahului Ya ALLAH ...
Bila perut kekenyangan
Haa kenyangnya ... mengatasi Alhamdulillah
Bila terpegun dek keindahan
Subhanallah tertutup dengan cantiknya ...
Bila diuji dengan musibah
Kesiannya ... terucap hingga terlupa pada
Innalillahi wainna ilaihi roji’un
Kadangkala kita lupa kerana terbiasa
Namun ingatlah...
Apabila Izrail datang mendekati
Biarlah kalimah lailahaillallah menjadi pengakhir bicara







