Thursday, February 16, 2012

Menu Kitar Semula

Ada orang kata, orang yang biasa sakit selalu cepat baik, tapi orang yang jarang-jarang sekali sakit, bila sakit....wah ...teruk nak baik. Mana satu pilihan anda?

Dah 3 tahun tak sakit, dah baik demam, sakit tekak tapi batuk tak reda-reda lagi. Sudah kali keempat ambil ubat, ada kurangnya tapi tak baik lagi. Tradisional, berpantang makan, refleksologi dah try..sikit lagi try akupuntur pulak ni. Tiap kali makan je dah mula batuk...cakap sikit pun dah batuk huhuhu. 3 tahun lepas pun dah pernah kena macam ni...tapi bila doktor cakap nak kena x-ray, 3 hari lepas tu terus baik..hahaha terkejut terus baik. Kali ni doktornya belum cakap lagi. Harap-harap cepatlah baik.

Opss mukadimah terpanjang. Biasanya majalah lama selalunya jual balik tapi hanya tajuk-tajuk yang menarik sahaja akan disimpan lebih lama. Misalnya RASA Mac 2007 ni, ceritakan tentang menu kitar semula yang menjimatkan kos. Bagaimana untuk mengelak pembaziran roti, mengguna semula lebihan nasi sejuk, mengolah kembali lebihan lauk, olahan semula bijiran dan kekacang,biskut lemau diadun baru dan segarkan semula sayur dan buah.

Makanan yang rasanya semua orang pandai kitar semula confirm nasi akan di transformer kan jadi nasi goreng esoknya. Kalau masa tu ada lauk sardin, lagi senang. Sardin hancur-hancurkan. Goreng bawang yang dari sardin tu. Pastu masuk nasi dan sardin. Dah jadi satu hidangan yang lain.

Bagi sesiapa yang suka makan McD tu dan fun fries tak abis. Esoknya kita goreng semula pastu masuk dalam lauk sardin. Atau pun goreng tempe, goreng semula fun fries tu, tumbuk cili kering dan bawang merah. Gorengkan sambal tu dan masuk tempe dan kentang tadi. Senang sahaja.

Itu stail saya memang ringkas habis. Kalau dalam majalah Rasa ni punya resepi:

Serunding Daging:

Lebihan daging masak rendang

Gula secukup rasa

Cara:

Siat semua daging dan asingkan daripada serdak rendang. Kemudian masukkan dalam kuali dan tambah sedikit gula. Keringkan di dalam kuali sehingga daging benar-benar kering dengan api yang perlahan. Sedia untuk dihidang.


Nuget Coklat

80gm kacang tanah telah lemau

100gm biskut raya telah lemau

100gm biskut marie

100gm milo

80ml susu pekat manis

50 gm kismis

50 gm nestum

Air suam jika perlu

Cara:

Kacang tanah dikisar hingga hancur. Biskut raya dan biskut marie dihancurkan atau ditumbuk. Campurkan biskut dan kacang tanah bersama milo, susu pekat manis dan kismis. Tambah sikit air suam jika adunan tidak melekat. Gaul sebati. Kemudian kepalkan adunan bulat-bulat seperti guli kemudian salutkan dengan nestum. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Selamat mengitar semula.

Saturday, February 4, 2012

Ulang Tahun Yang Pertama

Untung budak-budak sekarang, setahun pun dah ada sambutan hari lahir. Ntah faham ke tak derang ni. Seingat sayalah, dulu-dulu tak pernah pun ada sambutan. Cuma mak masak sedap je kot. Tak ada memori langsung. Tapi pernah ingat hadir birthday party anak wakil rakyat masa sekolah rendah. Kawan sekelas. Meriah juga masa tu, potong kek, main kotak beracun, tiup belon, buka hadiah. Tapi balik tu idak la pula merengek-rengek kat mak bapak nak minta macam tu juga. Budak-budak sekarang, siap ada sambutan kat restoran makanan segera lagi. Yang ni buat kecil-kecilan je...orang rumah nak makan petang.


My hero, sangat teruja nak terkam kek ni. Bertambah tembam la budak ini. Kiutnya...hehehe sapa lagi nak puji kalau bukan mak sedara sendiri.


Thursday, February 2, 2012

Perginya Seorang Sahabat

Nabi s.a.w bersabda: ‘Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang jahat, tak ubah seperti berkawan dengan penjual minyak harum atau dengan tukang tiup api di bengkel tukang besi. Jika berkawan dengan penjual minyak harum, adakalanya engkau diolesi minyak harum atau engkau membeli daripadanya atau setidak-tidaknya engkau dapat tercium bau harum. Dan jika berkawan dengan peniup api di bengkel tukang besi, adakalanya pakaianmu bisa terbakar atau setidak-tidaknya engkau tercium bau busuk,” (Sahih Muslim Jil.4)

Kehilangan seorang sahabat pada hari Sabtu yang lalu kerana jangkitan kuman di otak. Mengenalinya sejak zaman sekolah rendah dan cuma rapat dalam setahun ni. Rakan joging setiap minggu... ermm sebenarnya berjalan je pusing taman. Lepas tu dia mesti bawa kat tempat makan sedap-sedap. Roti canai garing, roti canai dengan kuah sardin, roti nan, nasi lemak. Macam sia-sia je joging rasanya. Kitaorang saling berganti-ganti belanja.

Masa terawih tahun lepas selalunya berjanji sama-sama. Cop saf kedua di kanan. Kalau tak ada tu maksudnya tak bolehla. Selalunya mak cik-mak cik di saf pertama.

Peminat Ikim FM dan Dr Muhaya. Selalu suruh saya dengar slot pukul 7 pagi hari Sabtu tapi saya tengok drama Korea tv8. Selalu penuh dengan kata-kata motivasi dan dia akan sampaikan apa yang dia dengar tu kepada saya.

Ketika kontrak GSTTnya tamat tahun lepas...dia rasa sedikit kecewa tambahan pula rayuannya ditolak. Pernah mengadu di dalam akhbar Utusan. Saya pun tak boleh buat apa, cuma beritahu ke mana perlu dihantar surat tu.

Baru sahaja menyambut hari lahir pada 13 Jan yang lalu dan saya sempat mengucapkan, “Selamat hari lahir, semoga dapat apa yang diidamkan.” Katanya teringin nak buat umrah. Ketika itu kami sama-sama menghadiri kelas agama. Ustaz yang mengajar mengatakan, doa seorang rakan makbul lebih-lebih lagi kalau orang itu tidak mengetahuinya. Sejak dari itu, kalau kitaorang jumpa je mesti dia tanya, “ Dah doa untuk aku?” sambil gelak-gelak.

Berita mengejutkan mengambil masa untuk menerima. Hari Khamis dimasukkan ke ICU dan terus tidak sedar sehinggalah menghembuskan nafas terakhir pada hari Sabtu.

Al-Fatihah buat Hafinaz.