Wednesday, March 14, 2012

Ijab dan Kabul

Berkahwin merupakan amalan terpuji dan amat digalakkan dalam agama untuk membina keluarga bagi menjamin kesinambungan generasi akan datang.

Rukun Nikah:

  1. Lelaki yang bakal menjadi suami
  2. Perempuan yang bakal menjadi isteri
  3. Wali yang mengakadnikahkan pasangan atau mewakilkan kepada jurunikah
  4. Dua orang saksi yang mendengar dan mengesahkan akad nikah
  5. Ijab dan Kabul (Ijab ialah lafaz akad nikah oleh wali atau wakil. Kabul ialah ucapan pengantin lelaki atau wakilnya sebagai tanda penerimaan)

Macho-macho lelaki, bila tiba nak akad nikah boleh jadi gementar juga. Cemas, resah, gelisah boleh buatkan pengantin lelaki tersasul dan kena lafaz berulang kali. Tambahan pula pakai mikrofon dan depan orang ramai. Disuruh baca al-Fatihah pun boleh jadi sangkut-sangkut tu belum lagi disoal tuk kadi bab-bab agama yang lain. Kawan saya pernah lafaz 5 kali atau 7 kali, tak berapa nak ingat dah. Lepas tu kitaorang pakat gelak la. Kesian dia kena sakat sampai la dia dah anak dua ni.



Teringat masa mengaji sebelum ini ustaz kata, tetamu jangan ucap selamat pengantin baru..ucap Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair ...kalau rasa-rasa tak ingat, nyanyikan aje lagu Maher Zain dari awal sampai akhir. Hahaha.

Semoga Allah memberkahimu ketika senang dan susah & sentiasa mengumpulkan kamu dlm kebaikan. Amin.

Thursday, March 8, 2012

Saji Februari 2007

Februari 2007

Harga: RM5.50

Halaman: 82 m/s

Saji yang ni memang lama dah simpan sebab ada resepi langkah demi langkah. Seronok tengok gambarnya. Resepinya pelbagai dari nasi, bihun, lauk-pauk dan manisan. Menarik, puding roti bakar berdaging, ayam percik cik siti, murtabak comel, kerabu telur. Walaupun ada 50 resepi dalam ni, yang buat murtabak comel dan paprik je. Yang lain belum berkesempatan. Erkk dah masuk 5 tahun pun tak sempat lagi. Sampai sudah la tak sempatnya. Malas yang ya nya.

Tuesday, March 6, 2012

Oleh-oleh

Dapat buah tangan dari jauh. Mold Hello Kitty dan jigsaw puzzle. Cuba teka dari mana?




Fesyen


Ice World yang best!

Kat kedai gambar selalu nampak ni.

Magic pocket

Kucing yang tomei tomei.


Betul tekaan anda. Jepun. Tiada hadiah untuk anda. Sila tepuk tangan sendiri. Gambar oleh Yang. Thanks juga Cik Lea. Hanya mampu jejak kaki di LCCT..huhuhu..sob sob sob.

Sunday, March 4, 2012

Bas mini

Membaca Utusan semalam kisah nostalgia bas mini. Jadi mengimbaulah kenangan silam.

1.Memang laju giler. Dalam tu tulis kesemua bas mini meternya putus. Bayangkan betapa lajunya. Laju macam pelesit. Lepastu pandai cilok-cilok pulak. Kalau duduk tepi, kena pegang palang kerusi depan kuat-kuat masa lalu selekoh. Silap-silap boleh terduduk di lantai. Walaupun agak ‘gerun’ tengok cara memandu tapi ia penyelamat untuk orang yang dah lambat pergi kerja.

2.Pernah sekali, takut nak naik bas ni sebab tengok depan mata kawan satu hostel jatuh. Dia baru naik tangga pertama, baru sebelah kaki je bas dah jalan. Kawan ni siap maki lagi. Pemandu ngan konduktor tengok je dan terus pergi. Mujurlah luka di lutut sikit sahaja. Tapi sekejap je seriknya lepas tu naik balik maklumlah itu aja kenderaan rasmi nak pergi CM, Pertama atau Chow Kit.

3.Jarang-jarang sekali dapat tempat duduk kalau naik bas mini ni. Kalau rasa-rasa nak turun bus stop yang terdekat je baiklah menyelit ruang antara belakang pemandu dengan kerusi pertama. Kalau kita diri di tengah-tengah nanti konduktor akan cakap “belakang, belakang lagi”. Udahnya sampai ke belakanglah kita setelah diasak-asak orang depan. Lagipun takut kena marah dengan konduktor. Masalah bila nak turun, dah tersepit di belakang. Kenalah berhenti hentian akhir.

4.Keadaan yang sesak juga membuatkan ada kalanya tak payah bayar tambang. Waktu tu kurus melidi lagi jadi memang selalu tak nampaklah.Yang specialnya konduktor tu kalau tak boleh masuk ke belakang nak bagi tiket, tiket akan di pas-paskan antara pemandu sampailah ke belakang. Kerjasama tu..haha

Setelah bas mini ditamatkan, bas Metro hampir menyerupai dari segi sesaknya dan lajunya tapi bolehlah bernafas sikit dalam ni sebab panjang dan ada air cond. Ada orang kata pemandu bas Metro orang yang sama bawa bas mini, tu pasallah sama aja.

Kelebihan sebagai penumpang bas yang setia. Boleh tahu semua jalan-jalan di KL termasuklah jalan-jalan tikus sebab bas mini ni kadang mencari penumpang dia tak ikut laluan bas. Jadi bila pakai kereta senang sikit nak tahu jalan.

Thursday, March 1, 2012

Conteng-conteng

Saya ada banyak buku nota untuk diconteng-conteng. Setiap satu mempunyai tajuk yang berbeza-beza. Daripada menconteng arang ke muka keluarga lebih baiklah menconteng ke atas buku, ya tak. Bukan conteng sangat pun..mencatat sebenarnya..tapi yang betul-betul conteng tu bila satu apa pun tak boleh dibaca.


Jumpa buku ni kat rumah. Daripada rugi dibiarkan kosong, lebih baik guna. Saya tak pandai masak tapi suka mencuba. Sejak tengok kat blog macam-macam kuih trend terbaru ada, rajin benor mencubanya. Kek karamel la, apam polkadot la, puding trifle, macam-macam kan. Jadi buku ni saya jadikan diari kuih. Macam buku penilaianlah. Sekali buat selalunya tak jadi. Jadi kenalah tulis hari ni apa silapnya. So kalau nak buat lagi, bolehlah rujuk balik apa silapnya. Buku ni pun dah tamat. Masuk buku baru.

Hari tu tengok buku ni menarik untuk diconteng-conteng jadi belilah. Sayang pulak nanti kalau dah conteng-conteng kena buang jadi tukar untuk jadikan diari kuih so boleh simpan sampai bila-bila. Siapa berminat boleh dapatkan di sini. Buku ni tebal jadi dapatlah tulis banyak sikit.

Ha yang ni memang betul-betul conteng. Diari lama, diari Islam. Dulu-dulu setiap tahun rajin beli diari. Baru sebulan dah malas. Tu yang terbiar kosong je. Segala idea-idea semua tercatat di sini. Otak berfikir lebih cepat dari menulis, so selalunya tangan tak terkejar. Sudahnya jadilah tulisan yang ntah apa-apa sampai tak boleh baca. Sendiri susah!


Buku nota free ni dari pondok piza. Dulu-dulu rajin menyalin resepi dari majalah-majalah. Tak mainlah print-print sebab selalunya lepas print hilang ntah ke mana. Bila tulis ni sekuran-kurangnya ingatlah apa resepinya. Dah ada 3 buku weh. Punyalah rajin masak sampai lekang-lekang muka suratnya.


Masa tuisyen BM dulu cikgunya selalu suruh tulis ayat-ayat menarik supaya karangan lebih mantap macam mutiara kata, peribahasa yang tak pernah dengar dll. Sampai sekarang masih amalkan lagi so boleh guna bagi karangan berbunga-bunga sikit.

Ni pula buku untuk tulis slogan-slogan yang menang. Kiranya buku untuk peraduan ni.

Ada lagi buku yang tak tersenarai gambarnya, buku ngaji, buku untuk catatan masa melancong, buku untuk teka silang kata. Pendek kata selagi ada buku kosong/buku nota dapat free selagi tu terisi.