Monday, March 19, 2012

Kenduri Sambut Menantu

Setelah selesai kenduri di pihak perempuan, keluarga dan sanak saudara belah perempuan akan bertandang ke rumah lelaki pula. Kalau kahwin jauh-jauh tu biasanya selang seminggu. Kalau dalam kawasan yang sama, beza sehari je tapi tak bestnya tak dapatlah saudara maranya nak merasa jalan jauh. Biasanya saudara dari belah mak dan ayah pengantin perempuan akan bersama-sama menyertai rombongan. Memandangkan masing-masing datang dari tempat berlainan, kumpul di masjid lebih mudah sebelum berkonvoi ke rumah pengantin lelaki.

Bila dah sampai pun kena kumpul juga supaya boleh mengiringi dan berarak bersama-sama.



Jarang-jarang sekali semua yang datang boleh makan bersama pengantin biasanya mungkin mak dan bapa pengantin je. Bagus juga buat macam ni, meja jenis 'U' jadi semua saudara-mara berkumpul sama-sama.

Ada sesetengah kenduri tu pula dia mengutamakan pengantin je. Saudara mara yang ikut belakang tu buat tak heran je nak suruh makan kat mana. Pandai-pandai sendirilah nak cari meja kat mana, kan. Dahlah kita datang dari jauh, berlainan negeri tentulah tak biasa dengan kenduri kat situ. Alah bukan ramai pun yang ikut, adalah dalam 2,3 buah keluarga. Takpelah mungkin derang terlepas pandang perkara-perkara macam ni. Sibuk gamaknya. Ayat sedapkan hati, tapi ngutuk kat belakang. Opps sorry.. hehehe

Wah manggis dan telur. Hahaha. Cantik sangat agar-agar ni.

Tembikai berbiji kuaci. Kelakarnya ada yang ingat ini tembikai betul, tinggalkan 'kulitnya' yang berwarna hijau. Tertipu dek pandangan mata.


Memandangkan rumah dekat dengan Tanjung Kepah. Dibaginya banyak ni untuk kami makan. Sedap, manis. Ratah macam tu je.

Keburukan bila makan di meja pengantin. Banyak sangat makanan yang menarik perhatian sampai tak larat nak makan. I'm full!

Wednesday, March 14, 2012

Lokasi Perkahwinan – Di Dewan

Zaman sekarang ni, ramai yang memilih untuk berkahwin di dewan memandangkan kawasan rumah yang sempit. Mana taknya, kalau yang duduk di tengah-tengah, kenalah minta izin jiran nak pasang kanopi. Kena jiran yang baik, dia bagi izin rumahnya sekali kalau nak letak barang-barang nak guna masa majlis nanti. Lainlah kalau duduk di kampung, kawasan rumahnya lapang. Letaklah kanopi banyak mana pun atau selama mana pun. Tak ada orang nak kisah.

Pemilihan dewan juga bagi memudahkan kalau cuaca hujan. Kalau buat kat rumah, tatkala awan berarak kelabu, mulalah risau, habislah hiasan-hiasan ni nanti. Mana pulak orang yang ramai-ramai ni nak berteduh nanti. Silap-silap orang datang kenduri kahwin jadi macam baru balik dari bendang sebab lecah.


Bermacam-macam petua yang sudah didengar untuk ‘tolak hujan’. Kawan saya pernah cakap antara petua yang mujarab, letak lesung batu atas api dapur yang menyala dari mula majlis sampailah selesai majlis. Mahu habis bertong-tong gas macam ni. Entahlah, kalau dia menipu maksudnya saya pun menipulah hahaha. Ish ish tak payahlah nak tolak-tolak hujan ni. Hujankan satu rahmat. Doa sahaja pada Tuhan supaya semuanya dipermudahkan. Tapi bagi yang nak buat garden wedding, sila rujuk ramalan kaji cuaca dari Jabatan Kaji Cuaca dahulu, rasanya boleh tahu untuk 3 hari sebelum tarikhnya. Sekurang-kurangnya bolehlah buat persiapan apa yang patut.

Perkahwinan di dewan juga memudahkan kita untuk merealisasikan tema-tema yang diinginkan, Vintage? Garden? Tradisional? Bollywood? Moden kontemporari? Boleh je. Tapi kalau majlis dibuat di rumah lebih 'mesra pengguna'.

Akad nikah turut dibuat di dalam dewan. Mudah, sekali gus. Hampir seharian di sini.

Sundae. Ada orang ambil sampai 3 kali. Nasib baik masih batuk, kalau tak mesti tersenarai juga..hehehe

Belon-belon berbentuk love yang comel. Budak-budak dari awal dah dok tenang je nak terkam.

Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair untuk pasangan mempelai