Wednesday, March 28, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia 24-25 Mac

Objektif:

Melahirkan lebih ramai pendakwah muslimah sejati. Membantu para wanita agar menjadi wanita serta anak solehah. Memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik di samping mengamalkan syariat Islam.


Diajak pergi. Fikir 2, 3 kali juga sebab kena pergi ke KL. Kalau tengok tentatifnya, 2 hari dari 9 pagi hingga 10 malam. Berehat untuk makan dan solat. “Boleh ke tahan dengar ni... idak ke bosan nanti lama sangat”. Penceramah-penceramahnya perempuan semua dan ada 5-6 orang je yang kenal. Biasalah dulu kalau masa sekolah dan U kalau cikgu atau pensyarah perempuan, kebanyakannya bosan. Eh eh bukan gatal tau biasalah, ada tarikan ion ion –ve dan +ve bila lain jantina ni kekeke. Tak baik tau adik-adik!!

Akhirnya pergi juga dan pandangan terus berubah masa panel pertama, Fatimah Syarha. Dengan bantuan slaid dan pembentangan yang menarik, masa 1 jam 15 tu rasa macam tak cukup. Ada kelembutan dalam ketegasan. Kemudian diikuti dengan penceramah seterusnya dan memang best semuanya.


Ramai peserta , semuanya perempuan. Adalah terselit sebilangan kecil lelaki di sini sama ada jemputan vip atau kru. Thanks I Luv Islam yang menganjurkannya.


Panel-panel wanita yang hebat ini terdiri daripada:

  1. Fatimah Syarha Mohd Noordin – “Bidadari Impian”- merupakan seorang novelis islamik dan kolumnis Solusi
2.Hajah Zawiah Hassan-“Cahaya Kemanisan Iman”- pernah berkhidmat di Jakim

Lunch sambil menikmati keindahan Putrajaya


Pandangan dari PICC tingkat 3
Slot seterusnya:

3. Dr Niki Shuhada Shukor-“Wanita vs Kerjaya”- Certified Master Trainer, mahir dalam bidang perbankan/kewangan

4. Dato’ Siti Nor Bahiyah Mahmood-“Wanita Penyejuk Jiwa”-pakar motivasi

5. Datin Zaleha Omar-“Wanita Berkarisma”-mempunyai lebih 30 tahun pengalaman di dalam bidang latihan, pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi

6.Wardina Saffiyah dan Catriona Norhayati Ross Bahrin-selebriti, Suryati Daman-pemilik Pearl Haya “Forum Fesyen- Yes or No”

Hari Kedua:

  1. Prof. Dr Muhaya Mohamad-“Bahagia dan Membahagiakan”- Pakar Oftamologi, pakar motivasi

  2. Puan Jamilah Samian-“Ibu Luar Biasa”- mahir dalam bidang kekeluargaan, penulis buku ‘parenting’

  3. Rosmawati Zainal-“Kesucian Mawar Putih”- pengarah Pusat Bimbingan Remaja Raudhatus Sakinah.

  4. Dr Rubiah Kulop Hamzah-“Solehah Itu Indah”- pakar motivasi, mudirah Ustazah Pilihan di Astro

  5. Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj-“Wanita dan Dakwah”- pakar ginekologi

Dan patutnya malam ada forum Titian Syurga oleh Nora,Irma Hasmie, Firus Akhtar, Datin Yusmira dan Dato Azlina tapi malam tu saya tak datang, ada hal. So tak pasti siapa panelnya.

Dua hari tu memang bersemangat. Fikir yang positif-positif je. Negatif-negatif memang buang jauh dan bla bla bla bla janji pada diri..esok-esoknya dah mula hilang sedikit demi sediki semangat tu. Sebahagian ‘tertinggal’ di Pu-du Sen-tra-l sampai je simpang Cli-fford- semangat yang hilang. Haru biru. Nampaknya entri-entri selepas ni berkisarkan apa yang telah disampai oleh panel-panel ni. Kena buat ulangkaji. Untuk mengingati diri sendiri !!!

Thanks Yang.

Tuesday, March 27, 2012

F1 Twin Tower@Live 2012 KLCC

Ni kiranya berita terlepas, bukan berita terkini ya. Sempena F1 biasanya adalah konsert. Istimewa bagi peminat K-pop, Girls' Generation (SNSD) datang. Tak pernah datang Malaysia lagi jadi peminatnya memang menanti-nantikan kedatangan mereka ni. Konsert free pulak tu. Ramailah peminatnya yang datang dengan barbaju pink. Terdiri daripada 9 orang ahli tapi seorang tak dapat datang.


At least pihak penganjur menghormati dan mengingati. Pukul 9.00 baru mula.


Dapat duduk di kawasan Golden Fan Zone, kira dekat dengan pentaslah jugak. Memandangkan tak berapa nak tinggi, tengok kat screen jugaklah jadinya.
Dimulakan dengan The Boys.



Muzik lebih kuat dari suara...so tak berapa nak clear tapi seronok tengok koreografi

Ahhhhhhhhhh! Orang belakang menjerit dari awal sampai akhir derang nyanyi. Ish, ish, ish berapa desibellah. Orang lain sakit telinga.


Ahhhhhh... orang yang sama juga menjerit kat belakang.

Setengah jam je persembahan. Derang terus pi airport, balik. Lepas je habis, real fans pun bekejar-kejaran ikut pi airport. Konon-konon nak iring balik.


Persembahan diteruskan dengan penyanyi tempatan James Baum dan Reshmonu sebelum Nicole Scherzinger ambil alih- sambil-sambil teman pakwe dia gamaknya buatlah persembahan sekali.


James Baum rasa pernah dengar nama ni dekat AIM tapi tak pernah kenal. 4 atau 5 lagu dia nyanyi. Best jugak lagunya...terminat jugalah jadinya. Ensem jugak. Tak pasal-pasal terus google dia



Thanks Cik Lea.

Sunday, March 25, 2012

Batu Bersurat Belanda, Pangkor



Batu bersurat atau Prasasti merupakan batu yang terpahat dengan huruf-huruf tulisan kuno. Ia merupakan bukti sejarah. Terletak tidak jauh dari Kota Belanda dan kita boleh berjalan kaki sahaja.

Penduduk tempatan percaya batu ini hidup kerana ia mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil. Panjang batu ini 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan berketinggian 4.3 meter.


Terdapat gambar harimau yang sedang mencederakan (membaham?) seorang budak di batu tersebut. Dua bulatan berbentuk daun dan juga perkataan-perkataan Belanda serta Inggeris yang berbunyi “If Carlo 1743”. Tahun yang tercatat dikatakan sebgai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk yang diketuai oleh Panglima Kulup sekitar 1690-an. Lain-lain pahatan mungkin merupakan nama-nama pemahat yang dinyatakan secara huruf ringkas seperti ‘IK’, ‘R.O’, ‘BVH’, ‘PVL’, ‘VM’, ‘PP’, VOC (Vereenigde Oost-Indische Companie).

Tiada keterangan yang diperoleh di sini jadi pelancong-pelancong tak dapat maklumat tentang apa yang menariknya pasal batu ni. Satu kerugian. Berdasarkan pencarian di dalam internet, terdapat pelbagai versi yang menerangkan tentang lakaran harimau yang dipahat pada batu bersurat tersebut:

Versi pertama: Menurut sumber penduduk tempatan, gambar ini dipahat oleh orang Belanda sebagai tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut pada tahun 1743 iaitu semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III (1728-1756). Orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas.

Versi kedua: Orang Bugis dan orang Melayu telah menculik dan membunuh anak pembesar Belanda untuk membalas dendam di atas kekejaman Belanda melayan penduduk tempatan. Apabila askar Belanda mencari budak tersebut, penduduk tempatan mereka cerita dengan menyatakan mereka nampak harimau telah melarikan budak itu. Namun, penduduk Pulau Pangkor yang lain percaya bukan harimau yang melarikan budak tersebut tetapi pembesar Melayu yang tidak puas hati dan ingin membebaskan Pangkor dari Belanda. Oleh sebab itulah askar Belanda ini melukis gambar harimau yang melambangkan ‘orang Melayu’. Batu ini juga dikenali sebagai ‘Tiger Rock’ kerana adanya gambar harimau tersebut.

Versi ketiga: Orang Belanda mengatakan anak kepada pembesar Belanda hilang dan dipercayai dibaham harimau. Walau bagaimanapun mengikut sumber penduduk tempatan, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh Belanda untuk menutup malu sebenarnya anak pembesar Belanda dilarikan oleh lanun.

Sumber: Arkib Negara, Tiger Rock, SMGR1991