Monday, May 31, 2010

Replika Kue Flanel

Sesiapa yang tengok buku ni mesti geram dan rasa nak makan benda-benda ni. Comel sangat-sangat. Beli di Gramedia, Indonesia. Mula-mula tengok muka depan je terus nak beli. Itu belum tengok isi dalam lagi. Tengok 3 muka surat depan terus terpikat. Kalau kat Malaysia dipanggil kain felt kalau tak silap la..tengok gambarnya macam sama aja. Tapi jarang-jarang juga jumpa kain ni di kedai-kedai, kena Google dulu. Kalau kat online kain ni banyak je…tapi saya suka beli di kedai sebab boleh pegang dan pilih.


Tajuk: Replika Kue Flanel
Penerbit: Tiara Aksa, Surabaya
Penyusun: Linawati
Bilangan halaman: 88m/s
Harga: RP 52,000

Sinopsis:
Beragam bentuk kreasi dari kain flanel dengan teknik yang sederhana namun mampu menghasilkan 85 kreasi bentuk replika makanan yang beragam. Dipaparkan pula cara pembuatan yang mudah dipahami agar kreasi nampak cantik dan seperti aslinya. Karya ini bisa diaplikasikan untuk berbagai macam souvenir dan hiasan, misalnya hiasan magnet, hiasan pada busana anak, gantungan handphone, gantungan kunci, souvernir pernikahan, hiasan pensil, dan lain-lain.

Komen:
Cara membuatnya jelas. Ada langkah demi langkah. Gambar pun terang dan berwarna. Walaupun bahasanya ada yang tak berapa faham, tapi tengok gambar je pun boleh ikut. Di halaman belakang juga disediakan pelan dan ukurannya untuk memudahkan kita memotong kain. Antara yang menarik perhatian, replika coklatlah apa lagi. Memang nampak betul pralinenya. Selain itu boleh juga buat buah melaka siap dengan daun pisang sekali. Burger Ramly, Dunkin Donut, JCo, McD semua boleh tiru. Kalau buat rantai telefon mesti kiut tapi kena buat sekecil yang mungkinlah baru cun. Banyaknya projek dalam kepala otak ni hmmm...bila nak buat ya??

Linawati
Replika Kue Flanel / Linawati
-Cet.1. -Surabaya:, 2010
88 hlm ilus; 210 mm x 180 mm

ISBN: 978-979-012-206-2
1.Kreasi I. Judul

Saturday, May 29, 2010

Coklat Hantaran

Dalam keluarga biasalah kalau ada saudara mara yang nak bertunang atau berkahwin kitaorang biasa bagi sumbangan sikit. Selain tenaga bagilah buah tangan ... kalau tak dijadikan hantaran bolehlah makan ramai-ramai. Selamat bertunang buat Rahimah & Rashidi. Semoga berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Thursday, May 27, 2010

Variasi Olahan Cokelat

Kalau di KL kedai buku yang biasa dilawat, MPH, Popular, Times dan Kinokuniya. Tapi kat Medan ni yang nampak banyak Gramedia. Masa jalan-jalan kat situ je dah jumpa 3 buah. Mula-mula pergi yang pasar raya kat sebelah Pasar Ikan tu...esoknya kitaorang pergi yang kat Sun Plaza pula. Hajat di hati nak cari mold coklat, memandangkan tak tau mana arah tuju nak mencarinya dan beg pun dah terlebih muatan...arghh tak payahlah. Beli buku pun jadilah. Ringan je pun nak bawa. Paling suka tengok buku kraftangan dan masakan masa kat sini. Ralit gak dan paling suka, banyak buku yang langkah demi langkah.


Tajuk: Variasi Olahan Cokelat Candy Stick, Praline & Truffle
Penerbit: PT Kawan Pustaka, Jakarta Selatan
Pengarang: Yeni Ismayani
Bilangan halaman: 39m/s Tahun terbitan: Cetakan 3, 2009
Harga: RP 28,000

Sinopsis:
Dalam buku ini, olahan cokelat disajikan dalam berbagai variasi. Praline, truffle dan candy stick tampil sebagai camilan yang tidak membosankan. Green tea, lemon tea, madu, atau stroberi memberi rasa lain lebih dari sekadar rasa cokelat. Buku ini juga dilengkapi dengan VCD yang berisi step by step dan aneka tip yang dapat menuntun anda mempratikkannya.

Komen:
Harganya memang murah, tak sampai RM10. Siap ada VCD lagi. Tayangannya dalam 45 minit. Best gak tengok walaupun kita dah tahu cara membuatnya. Dalam buku tu dah bagi resepi so kita boleh rujuk VCD tengok step by stepnya. Lagipun ada sesetengah bahan kita tak faham bila bahasa Indonesianya so bolehlah tengok VCD apa yang disebut tu. Yang banyak dalam buku ni buat praline je. Tapi oklah asasnya semua sama. Ringkas je resepinya tapi berpuas hati dapat beli buku ni. Oleh-oleh dari luar negara.


Ismayani, Yeni
Variasi olahan cokelat; candy stick, praline, & truffle / Yeni Ismayani ;
Penyunting, Ida Ayu Maruti. –Cet. 1.-Jakarta: Kawan Pustaka, 2008
ii + 38 hlm ; 24cm

ISBN: 979-757-231-5

1.Cokelat I. Judul.
II. Ida Ayu Maruti III. Seri

641

Tuesday, May 25, 2010

Oreo Choc Love


Cerita dari Medan belum habis lagi. Balik je dah kena buat kerja. Siapkan tempahan coklat. Suzi menempah untuk door gift hari lahir anak dia. Untung budak-budak sekarang, selalu ada birthday party (bagus juga sebab kita pun dapat manfaat gak..hehe). Awalnya Suzi tempah untuk 35 biji. Tapi last minute nak tambah lagi. Sorry sebab tak dapat buat sebab jadual dah plan. Dahlah nak balik kampung minggu ni...nanti plan lain pun dah lari. Maaf ya. Harap berpuas hati dengan hasilnya.



Oreo Choc Upin Ipin



Biasanya kalau reunion kawan-kawan sekolah atau ada potluck saya bawa buah-buahan, coklat atau kacang-kacang je..senang..tak payah masak..hehe.. Ni dah pandai buat coklat takkan nak beli coklat pulak, kan..buat rugi skill je. So masa kenduri aqiqah Noorma hari tu bawalah buah tangan, coklat buatan sendiri. Walaupun babynya tak boleh makan coklat lagi bawa untuk anak-anaknya yang lainlah. Saja pilih Upin Ipin sebab kena dengan tema kanak-kanak tu.

Monday, May 24, 2010

Danau Toba

Terletak di Sumatera Utara, Indonesia. Perjalanan dari Lapangan Terbang Polonia ke Parapat (Danau Toba) mengambil masa 4 jam...termasuk la berhenti makan sekejap kat Permatang Siantar. Lama sungguh, macam ikut jalan lama dari Grik nak ke Kelantan..tapi supirnya cekap betul. Laju je turun bukit dengan jalan yang berbelok-belok. Bila nampak je Danau Toba, hilang penat tu...wah cantiknya bila nampak pemandangan dari atas. Walaupun kita tengok gambar atau video sekalipun takkan sama perasaannya bila tengok live..memang kena tengok sendiri..tak dapat digambarkan dengan kata-kata..wah..itu sebab 1st time..tak taulah kalau datang lagi akan berperasaan sama ke tak.



Danau Toba ni merupakan tasik gunung berapi yang terbesar di dunia. Ia terjadi ketika letusan gunung berapi sekitar 73,000 - 75,000 tahun yang lalu dan merupakan letusan yang amat-amat kuat. Ada juga cerita dongeng tentang kewujudan tasik ni..sesiapa yang berminat bolehlah Google je. Tapi kalau ikut geografinya (setelah merujuk buku Geografi balik ya, so secara umum, bukan untuk Danau Toba je) letusan gunung berapi ini telah membentuk kawah.


Setiap kali letusan berlaku, maka terbentuklah satu lapisan baru di cerun-cerun gunung berapi itu. Ini menyebabkan gunung berapi itu menjadi semakin tinggi. Semasa letusan berlaku bahan-bahan dari kemuncak kon itu pecah atau runtuh ke dalam lohongnya. Ini menyebabkan mulut lohong itu jadi besar dan membentuk satu kawah yang besar. Satu letusan yang hebat melemahkan gunung berapi itu dan setelah selesai letusan itu sebahagian besar daripada gunung berapi itu teratam ke dalam takungan magma di bawahnya. Ataman itu akan menakung air dan menjadi tasik.

Kebanyakan orang yang tinggal di Danau Toba merupakan etnik Batak. Kita dapat melihat hotelnya pun dihias dengan ciri-ciri rumah Batak tradisional. Contohnya bumbung yang runcing di hujungnya macam bot dan berwarna.

Dapat duduk di hotel yang pemandangannya memang menghala ke Danau Toba..indahnya di waktu matahari terbit dan tenggelam.
Satu lagi tarikan di sini Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Danau Toba. Pengunjung perlu menaiki bot untuk menuju ke sana...perjalanan mengambil masa 45 minit. Sebelum bot bergerak, ada budak-budak yang menyuruh kita baling duit syiling dan mereka akan terjun dan menunjukkan skil berenang untuk mengambilnya. Tak taulah kalau mereka mencari pendapatan tambahan melalui cara itu atau keistimewaan di sini. Mereka akan kata "Ayuh, lempar pak, lempar. Lempar lagi." Syiling Indonesia ringan je..so memang akan terapung.
Di kampung Tomok kita boleh tengok makam Raja Sidabutar dan keluarganya. Pengunjung akan dipinjamkan Ulos (kain sarung tradisional) sambil tourist guide menerangkan sejarah tentang Raja Sidabutar dan keluarganya. Ketika awalnya orang Batak di sini tidak mempunyai agama dan tidak langsung menerima apa-apa agama yang disebarkan oleh mubaligh-mubaligh yang datang ke situ. Setelah seorang doktor dari German sampai pada 1861 dan hidup cara mereka, barulah mereka menerima agama Kristian yang disebarkan dan mengamalkannya sehingga sekarang.

"Singgah dulu mbak, masuklah," anda akan dengar kata-kata ini apabila berkunjung ke Tomok. Kami sampai di sana lebih kurang 9.15 pagi. Kedai pun tak banyak yang buka lagi. Kat situ ada kedai-kedai cenderamata seperti barang perhiasan, baju batik, mafela, kain gosok harum dan key chain.

Kalau di pagi hari, dia akan pujuk kita membeli dengan harga ‘pecah telur’ dengan harapan ramai lagi pengunjung yang akan datang ke kedai kemudiannya. Semakin kuat cakap "Horas!" semakin kuranglah harga yang ditawarkan, kononnya.

Hai ingatkan sikit je, rupa-rupanya banyak sangat deretan kedai kat situ yang jual barang yang sama. Jadi, jangan beli dulu, pergi tengok keseluruhan kedai yang boleh menawarkan harga lagi murah. Semua barang tak letak harga, jadi kenalah tanya dan pandai-pandai kitalah nak menawar harganya. Kat sini pun ada jual baju Upin Ipin, siap jual kat kita lagi dan kata hot ni. Bangga gak Upin Ipin popular!

Sunday, May 23, 2010

Biskut Oreo Rasa Es Krim Blueberry



Oleh-oleh dari Medan. Mencari makanan yang tak ada kat Malaysia dan baru.

Saya suka oreo.
Saya suka blueberry.
Saya suka aiskrim.

Wah kesemua yang saya suka dalam satu biskut..hehe. Beli ajalah walaupun tak pasti adakah kombinasi ni kena dengan selera. New flavour kat sana.

Mula-mula makan memang rasa blueberrynya, sedap dan ada rasa sejuk memang macam aiskrim...special gitu..bukan macam makan mint rasa berangin tu tapi memang rasa sejuk. Pelik bin ajaib..Kalau sampai kat sini nanti bolehlah korang rasa.