Sunday, July 17, 2011

Tazkirah Jumaat di hari Ahad


Pengajian Jumaat yang lepas tapi baru hari ni berkesempatan menjenguk blog ni. Perkongsian untuk semua berkaitan adab-adab. Ustaz menerangkan, sunat kita berlemah lembut dengan budak-budak. Kalau nak tegur pun janganlah sampai menjerit pada anak-anak tu. Namanya pun budak-budak, kenalah sabar memang tabiatnya begitu. Anak-anak dilahirkan bersih. Ibu bapa yang salah mendidiknya. Katakan anak itu berumur 10 tahun, Allah telah beri masa yang lama untuk kita mendidik, malah sebenarnya 10 tahun 9 bulan lagi iaitu ketika dalam kandungan. Mungkin cara pemakanan kita itu menyebabkan budak-budak itu terlalu aktif. Kalau nak pukul pun, pukul sayang iaitu pukul untuk mendidik. Jangan pula pukul tengah marah sebab itu pukul nak lepas geram namanya. Bertenang dahulu.

Bersikat rambut merupakan sunnah nabi. Walaupun kita pakai tudung jangan ingat tak payah nak merapi dan kata bukannya orang nampak pun. Dapat pahala kalau kita melakukannya.

Kisah memberi salam pula, sekarang ni di SMS ramai yang tulis salam, slm atau As salam. Tak wajib kita jawab sebab tak lengkap tapi nak jawab pun tak mengapa kerana kita tahu niatnya memang nak memberi salam. Satu perkara yang selalu kita terlepas pandang, dalam kad kahwin, di permulaan jemputan tu ada ditulis Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan barulah diikuti dengan nama orang yang menjemput tu. Wajib kita jawab masa tu juga dan dijawab penuh. Selalunya kita cuma tengok siapa yang kahwin dan tarikhnya sahaja.

Setiap Jumaat banyak perkara baru yang dipelajari. Bagi orang-orang Kuala Kangsar, (perempuan sahaja) dijemput datang ke Masjib Ubudiah setiap Jumaat 8.30-10.30 pagi mengaji. Respek pada orang yang datang dari jauh (Manong) sedangkan orang Bukit Chandan berapa kerat je yang datang. Sebelum ini AJK masjid ada menyuarakan, bilangan yang datang semakin kurang, maklumlah yang datang ni biasanya mak cik-mak cik. Ada yang telah meninggal dunia dan tidak diisi dengan orang lain.



Monday, July 11, 2011

Ayam Boxing

Pertama kali tengok ayam boxing ni dalam ala carte NTV7, nampak special dan senang. Tapi dua kali tengok pun tak reti macam mana nak membuat ‘penumbuk’nya. Menggunakan bahagian kepak ayam, tapi tang mana pulak yang nak dipatahkan sendinya tu. Adakah satu kepak ayam tu boleh dapat dua boxing atau satu je? Video ni pun dah ulang dua kali, tapi bila buat sendiri, lain macam je rupanya. Akhirnya jadilah macam ni, ikut kefahaman sendiri. Sedap juga, rasa macam nugget. Sedap diratah begitu sahaja. Kalau makan dengan nasi macam tak berapa sesuai sebab tak dapat rasa lada hitam yang ada dalam ayam ni.

Kelakar bila tengok bapak dok belek ayam ni. Dia hairan sebab tak tau bahagian ayam yang mana yang rupa macam ni. Hahaha. Kenalah terangkan proses membuatnya.

Thursday, July 7, 2011

Kerabu Remenia

Kalau kat Perak panggil remenia (ramunia), kat Penang panggil buah staq(Setar) kalau Negeri Sembilan rasanya panggil kundang. Buahnya masam. Jarang makan macam tu je, kalau kat rumah ni buat lauk kerabu je la.

RM2, boleh dua kali makan

Buah remenia tu dibelah-belah. Bijinya dibuang ya. Tumbuk cili setangkai, bersama belacan yang dibakar. Kemudian taruh gula dalam satu sudu besar. Siap! Sedap, masam-masam manis dan pedas. Boleh juga guna resepi ni tetapi diganti dengan nenas.


Orang dulu kalau nak cakap pasal warna mesti buat perbandingan dengan alam sekitar. Contohnya merah saga dan ungu biji kundang. Nilah warnanya. Cantikkan, warna ungunya? Kalau orang sekarang ni biasanya cakap ungu violet.

Wednesday, July 6, 2011

Apa yang menarik di Melaka?

Ada kenduri di Melaka kelmarin. Saya perasan sepanjang-panjang jalan punyalah banyak masjid/surau/madrasah. Jumpa satu, dalam 500 meter, jumpa lagi satu. Cantik-cantik juga seni binanya dan paling banyak ada seni bina Cina. Masa nak pergi kenduri akikah haritu, tuan rumah cakap rumahnya dekat masjid. Udah banyak masjidnya sesat jugalah kitaorang. Setiap kali jumpa masjid. Masing-masing tanya, ha yang ni ke? Rupa-rupanya kat depan ada lagi masjid. Ha yang tu ke? Boleh sesat macam ni. Sudahnya tuan rumah yang datang ambil.

Sebelum ni kawan pernah cerita pasal gerai Coconut Shake yang popular. Saya jumpa 3 kedai dan semuanya ramai pelanggan. Popular kot minuman ni, tapi tak sempat singgah.

Melaka memang terkenal dengan belacannya. Kalau perjalanan dari Masjid Tanah ke pusat bandar raya, kat tepi jalan tu memang berderet orang jual belacan. Mula-mula hairan gak apa bendanya yang merah-merah tu. Tengok dekat-dekat, ohh belacan yang diletak dalam plastik merah.

Kononnya nak singgah beli belacan kat gerai tepi jalan. Rupa-rupanya bila nak balik tu tak jumpa gerainya pulak. Mana boleh kalau tak memborong barang tempatan, kan? Terpaksalah singgah di R & R Ayer Keroh dulu.


Fuyoo bermacam-macam jenis belacannya.

Ni yang letak dalam plastik putih pun ada. Ada tak orang yang giler beli belacan? Hehe. Seronok pulak tengok tersusun jer belacan ni.

Sakan juga membeli makanan ringan yang lain. Sayangnya banyak tak ada nama, so tak tau lah nama makanannya apa. Tapi sebab dia warna-warni, cantik dan menarik, beli juga walaupun tak tau apa rasanya.

Gula Melaka, Cakar Ayam, Keropok Ubi, Kacang Tumbuk, ada satu makanan tu ingatkan putu tapi rasa macam sagun dan bentuknya bulat. Sedap juga, rugi pulak tak beli lebih. Tu la takde nama dan ramuannya, so tak tau apa bendanya.