Sunday, January 8, 2012

Kisah Budak ‘U’


KL bukanlah asing bagi saya, selalu jugalah datang masa tu tapi bila dah duduk berjauhan dengan keluarga, ada jugalah kejutan budayanya. Mujurlah ditempatkan di asrama berunsur keislaman. Walaupun peraturannya selalu dimulakan dengan tak boleh ni, tak boleh tu. Agak tension juga sebenarnya cara pengajaran yang memaksa ni. Syukurlah agak ‘terpelihara’ pandangan walaupun berpindah keluar ke rumah sewa. Teringat jugalah pesanan kakak-kakak usrah tu.

Dulu-dulu sepatutnya belajar 4 tahun tapi dipendekkan kepada 3 tahun dengan harapan cepat masuk pasaran kerja. Zaman saya, zaman percubaan, KBSRlah, KBSMlah. Kiranya tikus putihlah ni. Bila masa dipendekkan, jadi masa tu terlalu pack. Kadang-kadang terpaksa datang kelas malam sebab nak habiskan kredit. Kalau kelas tu ramai orang bolehlah ponteng gak. Ni berapa kerat je tak bleh nak skip.

Masuk bab buat assignment. Ada 7-13 soalan. Kita pilihlah salah satu dan memang kena kupas betul-betul untuk dibincangkan dalam tutorial. Kena buat kajian betul-betul ni, sebab orang lain akan tanya pada kita bertubi-tubi. Nak buat assignment ni susahnya bila buku-buku yang penting kita nak gunakan dah dipinjam orang. Kalau buku ada di ‘red spot’ lagilah payah sebab boleh pinjam 3 jam je. Maklumlah satu salinan je. Kena la tunggu orang tu habis guna. Fotostat, fotostat memang amalan biasa. Tiap-tiap kali pun memang berbaris menunggu.

Tu baru nak cari maklumat, nak menaip pun satu masalah juga ni. Dulu-dulu mana mampu beli komputer, memang ramai yang menuju ke makmal fakulti. Kat rumah sewa, adalah satu tapi tuan punyanya nak guna tak kanlah kita pula nak berebut dengan dia. Apalagi, ke CC la jawabnya. Berkongsi dengan budak-budak main games.

Pensyarah pula satu hal. Makin tinggi jawatannya, makin susah nak faham kuliahnya. Bayangkan cerita pasal penjajahan British, kemudian boleh pula melalut ke sukan bola sepak, macam mana nak tingkatkan prestasi. Lastnya nota kosong je, tak tahu apa nak catat. Idak pula siapa-siapa berani nak angkat tangan cakap tak faham hehehe.Masing-masing pandang sesama sendiri. Tak taulah kot ada makna di sebalik tu tapi seriously memang kitaorang blur time pensyarah ni.

Kena pilih satu subjek elektif juga. Saya pilih kerja masyarakat. Best juga melawat ke kampung-kampung di sekitar Selangor, tengok orang tanam cendawan. Sedap betul dapat merasa keropok cendawan. Kelas di hujung minggu.

Sebagai mahasiswa, kenalah sertai aktiviti kat sini. Merasai dan menikmati suasana U lah katakan. Mengikuti persatuan negeri sebab terasa dekat dengan diri. Jumpa orang sekapal. Bukannya berjawatan tinggi pun, tapi bolehlah mencantikkan resume dari kosong je. Macam-macam aktiviti, pergi jalan-jalan, gerai konvo, mesyuarat dll.

Bunyinya macam sibuk bebenor, kan ngalahkan pelajar perubatan. Tapi itulah kenyataan. Masa memang sentiasa penuh je. Di tahun-tahun akhir lagilah bz. Berada di dalam situasi bersejarah, ketika demo giat dijalankan. Cuma melahirkan rasa simpati tapi lebih kasihan pada diri sendiri. Assigment tak siap siapa yang rugi??

Zaman sekarang ni mungkin budak-budak ‘u’ ada banyak masa terluang. Komputer di tangan, tak payah bertunggu tangga di CC. Pergi mana-mana pun naik kereta sendiri. Saya, kalau tak ada van sapu tu, terpaksalah jalan kaki. Tambahan lagi kuasa teknologi, maklumat di hujung jari. Revolusi?? Mengenang kembali zaman tiada blog, twitter dan FB, betapa amannya dunia ini. Kini, mana satu betul, mana satu ilusi. Lu pikirlah sendiri!

Itulah kisahnya budak universiti. 96/99

Saturday, December 31, 2011

Roset

Tak taulah betul ke tak namanya ni... tapi yang ni mak belajar daripada maknya, maknya belajar daripada maknya... senang cerita, dari zaman nenek moyang saya dah ada buat ni. Kira turun-temurun la membuat benda ni. Hasil daripada kain perca.

Agak beruntung dapat kawan yang tukang jahit, sebab dia buang je kain perca ni. Menyemak rumah je katanya. Memandangkan mak memang suka buat tampal cantum, memang saya cop dululah kain perca ni. Lagipun kainnya cantik-cantik. Orang KL kainnya tentulah beza dengan yang duk kampung. Kain mak-mak datin mesti cantik-cantik, lebih-lebih lagi banyak kain yang derang borong dari luar negara. Adalah satu kerugian kalau tak hasilkan sesuatu.

Kalau buat tampal cantum eloknya kain cotton tapi yang ni jenis kain lembut yang jarang tu, memang tak boleh buat apa kecuali buat bunga ni. Orang sekarang kainnya banyak yang jenis jarang, kenalah buat lining supaya tak nampak keseksian. Tu yang dapat kain perca yang kosong gak. So pandailah-pandailah kita nak buat fesyen yang macam mana.

Ni cadangnya nak buat tempat tutup PC..dari tahun lepas sampai sekarang tak siap-siap. Mana taknya buat ni masa tengok tv cerita yang tak perlukan sangat tumpuan. Macam konsert, anugerah, cerita-cerita Melayu. Senang je buat ni..pejam mata pun boleh tapi kalau buat masa tengok bola aduh asyik tercucuk jarum je time nak gol tu. Berdebar-debar nak tunggu gol ke tak.


Mula-mula buat acu dia, guna apa-apa kotak. Eloknya besar sikit, sebab bila dah jahit dia akan jadi kecil. Potong ikut acu tu..tak kisah la kalau herot benyot..janganlah teruk sangat herotnya. Ni mesti gunting tumpul. Kemudian jahit jelujur jangan putus di sekeliling kain tu..sampai habis. Biar dia bentuk sendiri jadi bulat. Kalau nak matikan benang, masukkan jarum kat tengah dan simpul belakangnya. Lepas tu susunlah ikut corak yang kita nak.


Boleh juga letak kat sangai (bahasa Perak untuk tudung saji), buat selimut dan macam-macam lagi.

Ada kain yang anda kenali? :)

Friday, December 30, 2011

Selamat Hari Lahir

Terkesan dengan apa yang didengar dalam kelas agama sebelum ini. Apabila bertambahnya usia sebenarnya kita sedang menuju arah kematian. Tambahan pula waktu sekarang ni yang muda pun boleh terkena pelbagai penyakit. Kita tak boleh lari dari mati. Mati itu akan mengejar kita, jadi kita kena bersedia. Bila kita mati atau macam mana kita mati kita tidak tahu. Semua ini dirahsiakan Allah supaya kita bersedia. Sama macam kita menyambut Hari Raya, kita dah siap langsir, siap baju raya. Itupun kita sedia sebab dah tahu tarikhnya. Tapi tak ada orang yang bersedia untuk mati. Apa bekalan yang akan kita bawa nanti. Cukupkah amal wajib kita selama ni?