Tuesday, May 11, 2010

Fondant Swags and Drapes Demo @ ICCA Hartamas

Saya suka datang tengok demo yang diadakan...bukan sahaja free tapi chefnya rajin melayan pertanyaan-pertanyaan. Walaupun 1 jam je tapi banyak manfaatnya. Boleh tengok teknik-teknik tapi bukan semualah..mana nak sempat 1 jam tu. Kalau sesiapa yang memang serius nak jadikan hobi ni sebagai pendapatan harian eloklah join kelasnya. Macam saya muka demo je...hehe...nasib baiklah datang kali ni sebab tengok jadual untuk next month tak ada dah. Cuma kelas je ada.



Macam kain lace betul, cantiknya siap ada corak lagi tu. Bunga yang atas tu dari fondant gak.





Kalau hiasan yang kecil-kecil tu bolehlah buat awal-awal dan simpan. Pastu tempekkan je. Senang kerja.

No comments:

Related Posts with Thumbnails