4 hari tanpa talian telefon dan semestinya tak ada signal dan tak boleh call, SMS berblog dan facebook, boleh je ‘hidup’ hehe... Saja tak aktifkan roaming. Tapi tak boleh hidup tanpa telefon sepenuhnya sebab kat situlah nak tengok jam, alarm dan kalkulator untuk nak kira mata wang.
Jalan-jalan KL-Medan – Parapat – Samosir – Berastagi –Medan - KL
Istana Maimoon, Medan
Belakang tu Danau Toba
Danau Toba waktu malam, sejuk sebab berangin.
Air Terjun Sipiso-piso
Horas! Di Tomok... boleh nampak rumah tradisional etnik Batak.
Patung Sigale Gale. Ada cerita di sebaliknya, tapi tak berapa nak ingat nak cerita kat sini.
Pasar Buah di Berastagi tapi bukan jual buah je, bunga dan baju-baju untuk cenderamata. Lebih kurang macam kat Cameron Highlandslah suasananya.
Ada jual bunga gak kat sini.
Gunung berapi yang masih aktif. Gunung Berapi Sibayak. Berketinggian 2172 m dari aras laut. Sesiapa yang nak tengok lebih dekat, bolehlah mendaki.
Selain dari melawat tempat-tempat menarik, beruntung sungguh sebab dapat melihat Gerhana Venus di sini. Lepas makan tu kitaorang lepak-lepak kat luar, nampak bulan sabit dan bawahnya macam bintang... macam pelik sangat tapi tak tangkap gambar. Esoknya tengok berita Transtv tunjuk penduduk di Indonesia berpeluang tengok gerhana tanpa bantuan teleskop atau alat lain. Ohh baru la tau yang tengok semalam tu rupanya gerhana.
Gambar atas ni, petikan dari surat khabar MedanBisnis:-
'VENUS DI ATAS BULAN' Planet Venus kelihatan di atas Bulan di wilayah Kota Quezon, utara Manila, Filipina Minggu (16/5). Kejadian langka ini disebut okultasi planet Venus akibat sabit Bulan yang tipis.
Masa kat sana juga dapat tengok Dian Sastro kahwin (tv ajalah) tapi banyak jugalah liputannya, semua tv ada. Lebih-lebih lagi banyak siaran gossipnya. Dian berkahwin dengan ahli perniagaan, Indra mengikut adat Jawa. Turut ditunjukkan sikit Dian khatam Quran sebelum majlis akad nikah diadakan. Majlis resepsi akan diadakan 22hb untuk saudara mara. Dalam wawancaranya Dian menyatakan akan masih meneruskan aktiviti seninya walaupun sudah berkahwin.
Siapa yang tak kenal dengan Dian Sastro, tengok masih simpan lagi gambar Rangga dan Cinta masa datang promosi Ada Apa Dengan Cinta di Kuala Lumpur. Lagipun dia pernah menyumbangkan suara dalam lagu Alhamdulillah kolaborasi Too Phat dengan Yasin sebelum ini. Selamat Pengantin Baru buat Dian dan Indra.

Tapi yang tak bestnya masa kat sana, ingatkan Indonesia masuk akhir bolehlah tengok Piala Thomas kat sana, rupa-rupanya tak ada. Dah pusing 4,5 saluran. Waduh, waduh frustnya. Akhirnya SMS ke Malaysia gak sebab nak tahu keputusannya. Tahniah buat China dengan 3-0 ya.
No comments:
Post a Comment