Saturday, May 8, 2010

Ann-yong haseyo

Membesar dengan cerita Jepun yang dialihbahasakan Oshin, Rin Hane Koma, Moero Attack, Chiaki, Doraemon (dah ada rasanya masa ni). Lepas tu muncul pula hero-hero yang handsome dan heroin yang lawa..Yutaka Takenouchi, Takuya Kimura, Nanako Matsushima. Drama bersirinya pun best je GTO, Ice World, Beautiful Life dan Hero. Tiba-tiba TV3 siar Winter Sonata. Koreamania la pulak. Jalan cerita yang dramatik dan tempat-tempat yang menarik membuatkan, kita terasa-rasa nak pergi ke sana. Walaupun dialih bahasa ke bahasa Mandarin. Beli VCD tengok yang bahasa Korea punya. Walaupun tak faham tetapi lebih sikitlah perasaan tu bila menengoknya.
Malangnya, nak pergi ke Korea mahal. Tapi dapat gak jumpa Jun Sang kat Hong Kong...hehe
saranghamneeda

Madame Tussaud, Hong Kong

Full House pula betul-betul gila dibuatnya. Berkali-kali tengok VCD tak muak lagi. Dan membuatkan minat kat Rain dan lagu-lagu dia.

And I'm so lucky...dapat jumpa Rain masa Rain buat Konsert kat Kuala Lumpur 27 Jan 2007 (duduk jauh sebenarnya tapi kita lambai dia nampaklah..hehe). Thanks Watson sebab menang peraduan tu. Tak sangka.

Satu lagi cerita yang menarik perhatian saya. Princess Hour. Sukanya tengok Muzium Teddy Bear tu. So bila kakak dan adik melancong ke sana, dapatlah oleh-oleh Teddy Bear ni. Kiut.
So, sebagai menyokong sambutan ke-50 tahun hubungan diplomatik antara Republik of Korea dengan Malaysia, kena la hadir Korea Music & Dance di Istana Budaya. Dapat tiket free.


60% yang hadir kat sini orang Korea. Nampaknya diaorang rindu kat kampung halaman. So diaorang datang kat sini tengok persembahan tradisional diaorang.
Boleh tengok tv 3D kat sini.
Geonmmu (Sword Dance).
Semua pakaian memang menarik dan menutup aurat. Tapi memang cantiklah sebab Hanbook tu pun bila berpusing cam bentuk payung je.

Sebenarnya di awal persembahan mengantuk gak la. Tradisional, kan. Kebudayaan sendiri pun tak tengok, tengok kebudayaan orang lain pulak. Mungkin bila kita duk kat luar negara baru kita lebih menghargai kebudayaan sendiri. Tapi masa persembahan ketiga tu, menarik dah. Excited.

Yang atas ni persembahan Pansori Chunyangga. Kelakar tau perempuan ni, ala-ala soprano..tak tau la memang style nyanyi macam tu atau tak...takut pulak nak gelak kuat-kuat sebab dikelilingi orang-orang Korea. Kita kena respect tetamu. Menyanyi sambil bercerita, tema Chunyangga tentang cinta dan kepercayaan antara lelaki dan perempuan Mongnyong dan Chunhayang (teringat cerita Sassy Girl)

Yang lebih menarik...diaorang nyanyi lagu Ikan Kekek Mak Iloi Iloi.. dengan lagu joget. Memang tepukan hangat untuk diaorang. Good effort.

Folk Play-Pungmulnori tarian petani. Menarik giler ni sebab kat topi diaorang macam ada riben pastu bila diaorang pusing-pusing kepala, nampak la riben tu berpusing macam jimnastik tu.

Sesi bergambar.
Balik tu terngiang-ngiang pulak telinga ni... Arirang Arirang Ari Arirang..

Kamsa-hamneeda

2 comments:

xXrucciXx said...

yay.. i was there also..
superb performance.. tp tula mmg mengantuk sikit mula2, lepas tu ok..
masa dia nyanyi ikan kekek tu rasa cam best gila, join tepuk sekali...

rasa cam nak pegi lagi kalau ada event2 camni

zarina said...

u duduk kat mana? i duduk belakang so tak jelas sangat..kat kl plaza ada macam-macam aktiviti.. tak pergi ke?