Saturday, May 8, 2010

KLM Tulips of Inspiration Charity Tulips Sale

Tahun ni kali ke-2 saya datang sini..sempena Hari Ibu beli special sikit la bunga tulip. Belanda memang terkenal dengan ikon bunga tulipnya. Tahun ni KLM Royal Dutch Airlines bawa 3000 batang bunga tulip yang fresh. RM 5 untuk bunga tulip yang biasa dan yang istimewa 'Black Hero' RM10 sebatang. Hasil jualan akan didermakan ke Tabung Kanser Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Menderma sambil menggembirakan ibu-ibu dengan sejambak bunga sempena Hari Ibu ni.


Berbaris panjang. Belum pun pukul 11 orang dah start berbaris. Masa berbaris ni pun dah dapat kawan bersembang. Ramai yang datang ni bukannya kali pertama tapi dah datang sebelum ni. Kat sini ada lucky draw, kena isi borang dan cari perbezaan antara dua gambar. Ada seorang leng chai ni siap tolong bagitau jawapannya kat saya..mungkin tengok saya terkial-kial mencari jawapan gamaknya..hehe..Thanks.

Tengah nak bungkus.
Biasanya malas nak pergi area sini sebab tak biasa dah mudah sesat. Nasib baik sesat sikit je.
Tulip akan tetap tumbuh walaupun kita letak dalam pasu dan akan tunduk ikut cahaya. Memang style macam tu dan bukannya sebab bunga tu tak elok.
Ni dia 'Black Hero' yang istimewa tu. Memang nampak hitam. So yang special ni untuk mak saya. SELAMAT HARI IBU.

Saja campurkan pelbagai warna.
Pagi tadi beli kuncup lagi...petang ni dah kembang yang warna kuning ni.
Kena letak ice cube sikit supaya sentiasa kekal dalam cool temperatures.
Tengok...dah bend.

No comments:

Related Posts with Thumbnails