Tuesday, April 19, 2011

Ikan Goreng Berlada

Ni resepi orang Mandailing kot sebab arwah nenek suka makan ni. Biasanya nenek untuk perempuan kan? tapi kalau ikut bahasa Mandailing nenek tu tuk.

Ikan apa-apa pun boleh tapi yang bestnya ikan sungailah sebab rasanya yang lemak. Yang ni pakai ikan terubui. Kena panggang dulu.

Lepas tu buangkan tulang-tulangnya dan ambil isi je. Cabai masak ngan bawang merah tumbuk. Mula-mula gorengkan isi ikan tu sampai kekuningan. Angkat dan letak tepi dulu. Pastu goreng cili ngan bawang sampai garing. Bila dah garing baru masukkan ikan tu. Tutup api sebab time ni mudah jadi hangit tapi still kacau bagi sebati.
Siap!

Sedap tak terhingga..tak rasa macam makan ikan. Rasa makan kudap-kudap je.

5 comments:

Cendana Kasih said...

laaaa..mana kepala ikan tu...cian, dh kena pancung kepala dia...

zarin said...

wow! 1st time tengok..tk pernah mkn mcm gini

IdaShazana said...

tak penah plak aku makan ni....

wei, abang aku ada sangkar ikan talapia kat sungai perak nun. klu nk ikansegar, pegi le kat dia

yongzu @ 9W2YZU said...

Sodap :) Memang sodap! Tambahan tengah lapo ni...

zarina said...

Zarin N Ida: bleh ganti dengan ikan bilis campur petai gak

Related Posts with Thumbnails