Wednesday, July 6, 2011

Apa yang menarik di Melaka?

Ada kenduri di Melaka kelmarin. Saya perasan sepanjang-panjang jalan punyalah banyak masjid/surau/madrasah. Jumpa satu, dalam 500 meter, jumpa lagi satu. Cantik-cantik juga seni binanya dan paling banyak ada seni bina Cina. Masa nak pergi kenduri akikah haritu, tuan rumah cakap rumahnya dekat masjid. Udah banyak masjidnya sesat jugalah kitaorang. Setiap kali jumpa masjid. Masing-masing tanya, ha yang ni ke? Rupa-rupanya kat depan ada lagi masjid. Ha yang tu ke? Boleh sesat macam ni. Sudahnya tuan rumah yang datang ambil.

Sebelum ni kawan pernah cerita pasal gerai Coconut Shake yang popular. Saya jumpa 3 kedai dan semuanya ramai pelanggan. Popular kot minuman ni, tapi tak sempat singgah.

Melaka memang terkenal dengan belacannya. Kalau perjalanan dari Masjid Tanah ke pusat bandar raya, kat tepi jalan tu memang berderet orang jual belacan. Mula-mula hairan gak apa bendanya yang merah-merah tu. Tengok dekat-dekat, ohh belacan yang diletak dalam plastik merah.

Kononnya nak singgah beli belacan kat gerai tepi jalan. Rupa-rupanya bila nak balik tu tak jumpa gerainya pulak. Mana boleh kalau tak memborong barang tempatan, kan? Terpaksalah singgah di R & R Ayer Keroh dulu.


Fuyoo bermacam-macam jenis belacannya.

Ni yang letak dalam plastik putih pun ada. Ada tak orang yang giler beli belacan? Hehe. Seronok pulak tengok tersusun jer belacan ni.

Sakan juga membeli makanan ringan yang lain. Sayangnya banyak tak ada nama, so tak tau lah nama makanannya apa. Tapi sebab dia warna-warni, cantik dan menarik, beli juga walaupun tak tau apa rasanya.

Gula Melaka, Cakar Ayam, Keropok Ubi, Kacang Tumbuk, ada satu makanan tu ingatkan putu tapi rasa macam sagun dan bentuknya bulat. Sedap juga, rugi pulak tak beli lebih. Tu la takde nama dan ramuannya, so tak tau apa bendanya.

4 comments:

Cendana Kasih said...

ala..coconut shake kat melaka sama jer sumenyer..tp kengkadang takde eskrem.. ko buat sendiri lagi puas minum...

belacan kat RnR tu mahal ler sikit..kalo sepanjang pantai klebang, 11 bungkus rm10.00 ringgit.. tp kat pasar borong sini, satu jer rm2.00. Nk aku tenyeh jer muka orang tu ngan belacan...

kalo ke Melaka, singgah la makan asam pedas, jangan lupa beli Kupang !! so fresh !!

IdaShazana said...

apa yg menarik kat melaka?...mak mertua aku le

zarina said...

CK: haah kat pantai klebang yang banyak jual belacan tu..memang lalu situ pun..lupa lak namanya.

IS:baiknya menantu :)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

BBS kalau makan cencaluk basuh sikit dgn air masak..sbb masin bebenor lerrr..

Related Posts with Thumbnails