Thursday, July 21, 2011

Safari di rumah

Dulu kawasan rumah ni hutan, tapi sekarang ni tak lagi sebab ramai yang dah buat rumah dekat-dekat sini. Jadi perkara biasalah kalau banyak binatang-binatang yang “menziarah”. Ada kera, babi hutan (sekarang ni babi yang pink tu, dari mana pulak terlepasnya?), tenggiling, tupai, ayam, kambing, pelbagai jenis burung, biawak, ular sawa (sampai panggil bomba suruh tangkap), keluang dan musang (malam-malam kalau dengar macam bunyi budak menangis tu musanglah sebenarnya)

Baru-baru ni pula ada seekor lagi binatang, tak tahu sama ada lotong atau siamang. Warnanya hitam dan ekornya panjang. Dia seekor je tak bercampur dengan geng-geng kera yang warna perang tu. Inilah namanya kera sumbang. Betul tak? Saya gelarkannya Si Amang sahaja. Ngada-ngada tau Si Amang ni, bila orang tengok dia mulalah dia melompat dari satu pokok ke satu pokok ala-ala gimnastik, akrobatik, sampailah dekat dengan kita. Takut juga dibuatnya, manalah tau dirampasnya kamera atau melompat kat kita, baik saya cabut lari dulu. Kalau kita tengok dari jauh pulak dia boleh cak cak dari celah daun-daun. Aduh kelakar dan comel. Menceriakan pagi saya! Pukul 6.15 pagi je dah dengar bunyi dia melompat dari pokok ke pokok.

Tak nampak lagi ni

Nampak tak ekornya yang panjang


close up sikit

bibirnya putih
melompat dari pokok ke pokok

3 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Hari tue nampak komen zarina kat majalah saji pasal blog masakan? betul tak?????

zarina said...

hahaha..camne bleh cam? betul..bila agaknya nak dapat hadiah :)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

laaa tak dpt hadiah lagi ker? rasa nyer dah lama keluarkan?call ler editor saji tue? akaknyer diorg lupa kot...hehehee