Sunday, July 17, 2011

Karnival Keselamatan Makanan 1Malaysia

Dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Diraja Dr Zambry bin Abd kadir anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perak 16-17Julai di Arena Square Kuala Kangsar. Kali pertama ada pameran yang meriah macam ni, selalunya asyik buat jualan murah baju-baju je kat sini sampai naik jemu dibuatnya. Antara jabatan yang buat pameran Jabatan Pusat Kesihatan Daerah KK- check kesihatan, Jabatan Agama Islam Perak-mengenai barangan dan makanan halal. Bahagian Farmasi-boleh dapat maklumat mengenai bagaimana nak semak ubat yang telah berdaftar melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Boleh tahu apa itu meditag. Bahagian Pergigian-ada kaunseling pergigian. Paling best bila pergi pameran-pameran ni dapat barang free yang eksklusif. Yeay! Saya juga suka baca brosur-brosur yang disediakan sebab lebih ringkas dan mudah difahami.


Wah ada board games yang besar. Untuk budak-budak sahaja. Alamak, teringin!

Sila jaga kebersihan. Cam orang betul je.

Boleh check tekanan darah tinggi dan BMI. BMI yang ideal tapi darah tinggi sikit, aduh mungkin tension ni. Sebelum ni check ok je.
Ramai budak-budak dari PLKN
Piramid makanan, masih ingat tak lagi seperti yang dipelajari? Makan lebih banyak bijirin seperti nasi, roti dan mi. Tingkat kedua, makan banyak buah dan sayur-sayuran. Makan sederhana, susu, telur dan daging. Makan sedikit sahaja lemak, minyak dan gula. Tapi rasanya sekarang ni piramid makanan saya dah terbalik, yang patut makan sikit tu la yang banyak makan. Gratin, piza, spageti, cheese tart yang lebih banyak lemak memang terbaek. Adik-adik sila jangan ikut tabiat ni ya. Fast food dah dapat dikurangkan sekarang ni. Sekurang-kurangnya bila datang pameran ni ada niat nak berubah diet. Mujurlah Ramadan bakal menjelang, semangat sikit nak berdiet.


Masa untuk membaca brosur! Dapat note book dari bahagian farmasi dan fridge magnet dari JAIP. Memang elok letak kat peti ais ni. Boleh eksen sikit dengan orang lain. Hehehe.

Dalam tu juga ada jualan makanan, banyak jus-jus dari buah Roselle, Markisa dan jus belimbing buluh best juga. Tak rasa masam pun. Last-last beli kerepek juga yang banyak. Apa dah jadi dengan niat nak kurang makan berminyak tadi???? Tak bleh tahan wo. Kudap-kudapan untuk menonton TV.

No comments: