Tuesday, July 26, 2011

Tol Kahwin

Baru ni ke Johor, kenduri. Kali kedua datang sini. Dulu-dulu datang siang tapi kelmarin malam. Aduh tak jumpa jalan. Sesat larat. GPS pun tak membantu sebab tak keluar pun alamat yang dicari. 4 stesen minyak berhenti tanya. Kalau malu, memang sesat jalan. Mujur juga ada orang yang dengar saya nak cari Taman Kemas dan dia membantu sebab satu jalan. Terima kasih. Tu la dalam buat satu-satu hal kita tak boleh cepat berputus asa. Jumpa juga akhirnya tanpa menelefon tuan rumah. Dah agak, tuan rumah mesti sibuk so tak naklah menyusahkan.

Majlis perkahwinan di Johor dan Melaka masih dihiasai dengan acara tol. Dikenakan pada pengantin lelaki sebelum dapat bertemu pengantin perempuan. Tol ni sebenarnya untuk suka-suka je. Dulu-dulu derang tak banyak hiburan, jadi acara beginilah yang memeriahkan majlis untuk tetamu dan pekerja.

Biasanya dalam sampul letak 50sen atau RM1. Seboleh mungkin jurutol akan minta duit yang lebih banyak daripada rombongan pengantin lelaki. Kalau pengantin lelakinya dari negeri lain mesti bengang kalau tengok banyak tol yang ‘tersedia’ di depan. Jangan marah ar...suka-suka je. Dapat gak singgit, b0leh beli kuih makan pagi.


Dah prepare duit tol dalam bakul yang dihias lagi."Tak cukup!"
Ada yang kata lebih kejam dari plus lagi. Hehehe. Suka-suka je.
Tol Pertama

Pengantin lelaki menunggu dengan sabar.

Tol Kedua
Tak boleh duduk kat pelamin lagi.
Tol Ketiga
Pengapit tutup muka pengantin. Bayar duit tol baru boleh buka.

Alhamdullillah

*seronok tengok bola Malaysia lawan Singapore ramai-ramai dengan sedara mara. Walaupun kalah masih ada peluang. Ngaum!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails