Thursday, December 15, 2011

Laksa Pak Ngah

Sebelum ni dah cerita pasal Laksa Pak Ngah ni, tapi ni cawangan baru. Sesiapa yang nak makan laksa dalam keadaan berhawa dingin sambil lepak dan labun kosong boleh la try kat sini pulak. Kalau dari pekan Kuala Kangsar tu menghala ke hospital, pandang sebelah kiri.

Menggunakan warna tema merah dan hitam. Orang kata, kalau taruh cermin, ruang akan nampak luas. Memang betul pun...ingatkan kedainya luas sampai ke belakang, sekali rupanya imej sendiri..kekeke tertipu.

Orang KL(Wati) balik kampung, apalagi kita lepak-lepak cerita lama. Nak ajak kengkawan yang lain pun tengah kerja, lenkali kita boleh turun ramai-ramai kat sini.

Ada bilik solat kat sini, tapi tak pasti macam mana keadaan dalam tu sebab tak tengok.


Laksa dengan telur goreng dan Cendol

Laksa Kari dan Ais Kacang. Bukan setakat ada laksa je ada menu lain jugak mi goreng, nasi goreng, dll. Harga laksa dari RM3.50-4.00. Untuk budak-budak ada Laksa KidsRM2.00.
Jom makan!

1 comment:

Cendana Kasih said...

bestnyer...tak sabar nk makan laksa kualer...nanti kita sama2 lepak kat sini gak yer... insyaalah...kalo takde halangan mendatang, aku balik sana lepas krismas kot...hari biasa ler....ko doa2 kan lah yer...

Related Posts with Thumbnails