Friday, July 6, 2012

Tip untuk yang berjalan sendiri (Korea): Bahagian 2

 1.   Ikut anak panah turun tangga. Jika anda menyonsang arus anda akan merosakkan sistem kerana keluar je subway derang memang jalan laju-laju nanti akan berlanggar. Ada yang memang jalan sambil baca buku atau tengok telefon jadi memang derang tak tengok depan.
 2.       Untuk solat. Di KTO  (Subway line 1: Jonggak Station, Exit 5) ada disediakan prayer room. Kami cari bangunan ni tengok gambar dalam telefon. Nasib baik tak dicat baru, kalau tak, tak jumpa. Bangunannya tinggi. Dongak sahaja dan tengok arah mana nak jalan. Di Pulau Nami juga ada musola. Lebih mudah print waktu solat dari Malaysia lagi jadi tak perlu bertanya orang.
Pemandangan di hadapan KTO
Berkongsi dengan tandas OKU
Dalam ni cuma ada sejadah dan tafsir quran dalam bahasa Korea. 

 Masjid di Itaewon. Jumpa orang Malaysia di sini, turut berjalan sendiri.

3.      3Kena pakai telefon 3G kat sana. Maxis yang beritahu haritu sebab nak check roaming. Hanya Jepun dan Korea memang perlu telefon 3G.  Ingatkan pakai telefon 3G sebab setting pakai 3G, sim kad pun dah upgrade sebelum ni . Rupa-rupanya sampai sana baru tau telefon bukan 3G. Takde signal. Buta IT tulah pasal telefon sendiri pun tak tau..haha. Tak sempat tinggal pesan pada orang Malaysia. Jadi alarm sahajalah. 


Telefon yang tak canggih ni tetap mahu bergaya dengan earphone cap dari sana! 

4..       Namanya pun berjalan sendiri, jangan haraplah turun-turun subway je dah boleh sampai tempat yang dituju. Kena banyak berjalan. Jadi sediakan koyok atau minyak angin dari Malaysia. Sekotak tak cukup. Bahana jarang bersenam, hari pertama je dah lenguh-lenguh kaki. Tapi yang bestnya, di sana turun 3 kilo. Kurang makan dan banyak berjalan. Yeay harap maintain sampai raya, nanti tak muat baju raya.


1.    5.   Mudah menggunakan T-Money M-Pass (macam touch n go) walaupun kena bayar mahal mulanya tetapi ia memudahkan perjalanan (subway sahaja)  kerana ia dikira mengikut 20 kali perjalanan setiap hari tak kiralah sejauh mana perjalanan kita tu. Tak payah susah-susah beli tiket. 5 hari KRW 47,500 (RM133) termasuk deposit. Kad satu lagi namanya T-Money Card, boleh guna untuk teksi, bas dan subway tapi yang ni kita kena top up.



Doota
6.Print mana-mana kupon yang boleh dapat diskaun dari Malaysia lagi melalui web KTO. Kami dapat goodie bag dari Doota untuk tourist.  Dapat macam-macam barang dalam tu. Tapi kerana penat, tak check betul-betul semua yang ada dalam tu. Rupa-rupanya ada peraduan. Call je hotline Korea Travel, boleh dapat hadiah untuk lucky callers. Balik Malaysia baru nampak kertas tu. Menyesal tak sudah walaupun hadiahnya hanya prepaid Korea Pass Card (KRW 10,000) atau 2PM ngan Miss A cd.



1.       7..Kat sana saya perasan, baru je charge phone, petangnya dah kong. Hmmm ingatkan telefon dah rosak. Tapi masa nak balik, nampak di tandas ada tulis plag 110 volt atau 150 volt (lupa plak), kalau 250 lebih di kawasan depan. Oh tu pasallah nampak bateri penuh tapi cepat je habisnya. Voltan rendah. Gamaknyalah. Andaian sendiri. 

No comments: