Thursday, July 11, 2013

Anekdot Madinah


Order 7hb (Ahad), dapat 9hb (Selasa) dengan Pos Laju. Siap ada sticker "Awas! Buku-buku agama. Jangan Langkah/ Pijak|" di luar bungkusan. Tahniah MPH di atas keprihatinan tersebut.

Tajuk: Anekdot Madinah : Benar Dia Maha Mendengar (Edisi Terhad!Percuma DVD “Bersyukur Saat Diuji”)
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit: Galeri Ilmu, Kota Damansara        Cetakan Pertama 2013
ISBN: 978-983-097-404-0
Halaman: 344 muka surat
Harga:RM 36 ( di mphonline) harga asal RM45 (Semenanjung Malaysia), RM47 (Sabah/Sarawak)
 

Blurb:
Pukul 9.40 pagi, kenderaan membawa pesalah tiba. Kelihatan unit kesihatan memasuki kenderaan tersebut. Kemudian, anggota polis meletakkan beberapa keping kertas kotak di tengah-tengah kawasan. Masya-Allah hati saya sangat berdebar. Bagaimana dengan pesalah? Tentunya debaran beliau berganda lagi. Saya Cuma menelah.
Dua hingga tiga minit sebelum jam 10, pesalah dibawa turun dan diletakkan di atas kertas kotak yang siap terhampar. Tangannya diikat ke belakang setelah beliau duduk dengan kedudukan duduk di antara dua sujud. Dari kejauhan, saya dapat merasakan yang pesalah tersebut sangat tenang dan bersahaja. Ia dibaca melalui bahasa badan. Getaran hati beliau tiada siapa yang tahu. Allah … Allah … Allah, seseorang menghulurkan pedang yang disambut oleh petugas yang lain.
Szzzzap! Kepala terpelanting ke sebelah kiri hadapan dengan darah memancut keluar. Allahu Akbar, kesannya menusuk nun jauh di hati.

Komen:
Belum sempat baca buku ni tapi kisah yang terdapat di blurb buku tersebut memang pernah dibaca dalam blog beliau sebelum ini. DVD yang disertakan sekali lebih kurang 45 minit merupakan ceramah semasa pelancaran buku Bersyukur Saat Diuji. Yang itu je sempat tengok. Mengulas apa yang ditulis beliau di dalam blog dan buku tersebut. Eloklah sebagai pengisian di bulan Ramadan ini. 

Oleh kerana MPH online masih lagi penghantaran percuma, ambil kesempatan lagi beli buku kak azlita ni. Biarlah tak tau biji butirnya tapi gambar-gambarnya sentiasa cantik dan resipinya menjadi. Harap-harap mph buat lah lagi penghantaran percuma ni. Uwaaa. mula terkena jangkitan membeli-belah secara online. 

* Mak Pah kalau baca blog ni.. orang dah belikan buku ni. (macamlah tak bleh sms kan..hehe...saja nak test baca ke tak)

No comments:

Related Posts with Thumbnails