Order 7hb (Ahad), dapat 9hb (Selasa) dengan Pos Laju. Siap
ada sticker "Awas! Buku-buku agama.
Jangan Langkah/ Pijak|" di luar bungkusan. Tahniah MPH di atas keprihatinan
tersebut.
Tajuk: Anekdot Madinah : Benar
Dia Maha Mendengar (Edisi Terhad!Percuma DVD “Bersyukur Saat Diuji”)
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit: Galeri Ilmu, Kota
Damansara Cetakan Pertama 2013
ISBN: 978-983-097-404-0
Halaman: 344 muka surat
Harga:RM 36 ( di mphonline) harga
asal RM45 (Semenanjung Malaysia), RM47 (Sabah/Sarawak)
Blurb:
Pukul 9.40 pagi, kenderaan
membawa pesalah tiba. Kelihatan unit kesihatan memasuki kenderaan tersebut.
Kemudian, anggota polis meletakkan beberapa keping kertas kotak di
tengah-tengah kawasan. Masya-Allah hati saya sangat berdebar. Bagaimana dengan
pesalah? Tentunya debaran beliau berganda lagi. Saya Cuma menelah.
Dua hingga tiga minit sebelum jam
10, pesalah dibawa turun dan diletakkan di atas kertas kotak yang siap
terhampar. Tangannya diikat ke belakang setelah beliau duduk dengan kedudukan
duduk di antara dua sujud. Dari kejauhan, saya dapat merasakan yang pesalah
tersebut sangat tenang dan bersahaja. Ia dibaca melalui bahasa badan. Getaran
hati beliau tiada siapa yang tahu. Allah … Allah … Allah, seseorang
menghulurkan pedang yang disambut oleh petugas yang lain.
Szzzzap! Kepala terpelanting ke
sebelah kiri hadapan dengan darah memancut keluar. Allahu Akbar, kesannya
menusuk nun jauh di hati.
Komen:
Belum sempat baca buku ni tapi
kisah yang terdapat di blurb buku tersebut memang pernah dibaca dalam blog
beliau sebelum ini. DVD yang disertakan sekali lebih kurang 45 minit merupakan
ceramah semasa pelancaran buku Bersyukur Saat Diuji. Yang itu je sempat tengok.
Mengulas apa yang ditulis beliau di dalam blog dan buku tersebut. Eloklah
sebagai pengisian di bulan Ramadan ini.
Oleh kerana MPH online masih lagi penghantaran percuma, ambil kesempatan lagi beli buku kak azlita ni. Biarlah tak tau biji butirnya tapi gambar-gambarnya sentiasa cantik dan resipinya menjadi. Harap-harap mph buat lah lagi penghantaran percuma ni. Uwaaa. mula terkena jangkitan membeli-belah secara online.
* Mak Pah kalau baca blog ni.. orang dah belikan buku ni. (macamlah tak bleh sms kan..hehe...saja nak test baca ke tak)
No comments:
Post a Comment