Bertempat di Taman IKS Miel, KK (jalan ke Lenggong)tapi
datang sebenarnya sebab kenal penulis buku ni,
Tuan Haji Mohamad Nordin |
Tujuan utama IMP (Islamic Manufacturing Practice) untuk
memastikan pengguna Islam dapat menggunakan produk yang diperintahkan Allah
Taala atas kita memakannya iaitu Halalan Thoyyiba iaitu Yang halal lagi baik.
Dengan adanya logo IMP tercatat pada barangan tersebut kita
dapat pastikan cara pembuatan yang ‘baik’ tapi ada juga pengusaha-pengusaha
yang menyalahgunakan logo ini untuk
menarik orang Islam yang lain membelinya. Kebiasaan standard kilang IMP tidak
ada muzik, ada nur bacaan Al-Quran, susunan dalam kilang mengikut syariat, ada
kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu,
sumber bahan mentah yang halal, peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan
mengikut piawaian syariah. Contohnya: bersih lagi suci iaitu menggunakan air
mutlak.
IMP bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi
peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti, GMP, HACCP, ISO
dan HALAL. – sumber Buku Panduan IMP
Baru tahu apa itu GMP. Banyak duit yang diperlukan rupanya untuk dapatkan status GMP ni |
Tuan Haji Ahmad Tajuddin - Pengasas dan Pengerusi Sekretariat Komuniti IMP |
Di sini perhimpunan pagi diadakan. |
Saya seorang sahaja dari KK, yang lain dari KL, Taiping dan Ipoh. Mengagumkan sanggup datang sini dari jauh. |
Antara barangan yang mendapat status IMP dan dijual di Halal-Souq ni. |
Ayuh membeli-belah. |
Chef Li |
Chef Li merupakan penulis buku Menjejaki Jutawan Senyap dan
Petunjuk Jalan Kekayaan. Berpengalaman sebagai Pengurus Bank dan Peniaga Pasar
Malam sebelum mengasaskan Institut Kulinari Anjung Utara. Berceramah tanpa
menggunakan skrip di tangan, banyak menceritakan pengalaman pahitnya gagal
dalam bidang perniagaan dan bagaimana dia bangkit semula. Kelakar dan memang tak mengantuk mendengarnya
walaupun 2 jam setengah. Antara isi menarik yang diutarakan setelah mendapat
tips dari client dan juga kawannya berbangsa Cina, hidup mesti membaca, mesti mengira. Jika lihat
landskap ekonomi orang Cina yang lebih banyak menceburi bidang perniagaan,
mereka dari awal lagi dah KIRA kalau kerja makan gaji tak boleh kaya.
Kalau kita pergi ke pasar tani atau pasar minggu tu mesti
tengok dia angkut sekali anak-anaknya yang kecil-kecil tolong berniaga. Walaupun
budak tu mengantuk duduk di situ. Kita yang tengok ni kesian tengok tapi
sebenarnya itu cara didikannya. Ada sesetengah tu memang bawa homework sekali.
Sambil tolong sambil belajar.
Dari segi simpan duit, Chef Li turut diberitahu oleh kawannya yang Cina ni, kita simpan
duit jangan tengok tiap-tiap hari. Simpan , lupa, simpan, lupa. Ini kalau asyik
tengok jumlahnya aje, bila dah banyak mulalah nak keluar. Simpan duit ikut matlamat bila nak kaya. Oleh
itu mesti ada hitungan.
Macam-macam lagi ceritanya, kisah tauge. Pengguna terbesar
tauge orang Melayu, kalau kenduri kahwin tu buat pecal, rojak mesti guna tauge,
kan? Tapi siapa yang reti tanam tauge? “Tauge datang dari mana?” “ Kacang hijau,”
kata saya mengikut eksperimen di sekolah masa dulu. Tetiba pula kuat bercakap
rupanya salah. Hahaha. Dari kacang hitam sebenarnya. Hmmm baru kutahu. Tauhu
pun sama. Tau tak cara penghasilannya dan siapa yang lebih banyak
menghasilkannya?
Satu pencerahan minda apabila datang ke Sidratul Enterprise
ni.
No comments:
Post a Comment