Tuesday, July 9, 2013

Senandung Sutera



Dah lama tak naik kereta api.  Ke JB lebih kurang 7 jam. Sepatutnya nak ambil yang ada katil tapi penuhlah pulak, ambil 1st Class. Naik dari KL Sentral. Jadual asal 11.05pm tapi pukul 10.30pm dibuat pengumuman kata dijadual semula 11.40pm. Delay macam naik kapal terbang nampaknya. Alih-alih, lagi 5 minit nak pukul 11, pengumuman beritahu dijadualkan semula pukul 11.05pm. Boleh gitu?? Kelam-kabut orang ramai turun.


Waduh-waduh tak boleh tidur. Lampu terang.  Rasanya kerusi dalam bas lagi empuk. Lepas tu berhenti setiap stesen-stesen gedak geduk gedak geduk. Tak lena langsung nak tidur. 

Kalau naik kereta api ni juga rupanya kena mempunyai kemahiran geografi  untuk mengingati semula peta Johor bagi mengetahui bila nak sampai stesen JB. Peta Perak pun tak hafal inikan pula peta negeri lain hehe. Dahlah dalam kereta api tu tak ada tulis setiap stesen yang dilalui macam dalam LRT tu, tak boleh jangka bila nak sampai destinasi. Terpaksa google dalam KTMB punya peta nak tahu.. ohhh lepas stesen Kempas, barulah JB Sentral.  Tapi bila dah dekat nak sampai JB, baru tukang check tiket tu beritahu dari gerabak ke gerabak lepas ni stesen JB.  Mujur tak lena sangat kalau tak dah terlepas ke Woodlands. Tapi masa balik dari JB ke KL ada orang terlepas stesen. Dia sepatutnya turun di Seremban tapi dah tak ada pengumuman mana nak sedar. Time orang tengah lena tu, jam  5 pagi. Kelam-kabut dia tak tahu macam mana nak buat. Rasanya dia turun di stesen Kajang dan patah balik kot sebab kita pun lena gak lepas tu.





JB Sentral




Teringat masa belajar dulu, sibuk ambil waran dapat naik kereta api secara percuma. Kawan-kawanlah sibuk suruh ambil walaupun saya suka naik bas sebenarnya. Waran tu kita bawa ke kaunter dan dia akan beri tiket.  Masa tu dekat nak raya, punyalah ramai orang, sudahnya tak ada tempat duduk, dah ada orang lain ambil tempat duduk. Terpaksalah duduk dekat pintu yang berdekatan dengan tandas. Nasib baik bukan saya seorang, ramai juga yang jadi ‘jaga’ tandas. Rasakan, nak  free sesangat. Itu yang pertama dan terakhir ambil waran.

Kalau ke KK ni pun masalah juga nak kenal pasti sebab stesen kecil jadi berhentinya sekejap. Hentian terakhir Butterworth. Udah style kereta api ni tak membuat pengumuman kenalah sentiasa awas. Kalau sampai Ipoh tu maknanya kenalah alert dan lepas lalu jambatan Victoria??? Ke namanya, maknanya memang dah dekat sangat tu. Jambatan besi. Memang kuat bunyinya bila lalu.
 

Ini semasa naik kereta api di Korea. Cubalah buat cam gini, bolehlah orang tau, stesen-stesen mana yang berhenti.


No comments:

Related Posts with Thumbnails