Pesta kali ke-2 yang diadakan di Precint 2, Putrajaya 18-21 Mac 2010. Terlambat upload. Menarik semuanya. Antara pasukan yang terlibat, Malaysia sendiri, Perancis, Jepun, New Zealand, Thailand, Korea Selatan, Filipina dan Amerika Syarikat. Boleh juga naik helikopter yang akan bawa kita ke kawasan sekitar. Masa ni sesiapa yang nak naik bot boleh dapat setengah harga, Cruise Tasik...keliling tasik tu boleh la tengok apa yang ada. Ada penerangan yang akan diberikan. Jadi bolehlah tahu apa yang kita lalu tu.
Rumah api kalau tak silaplah sebab tak perasan ada tulis ke tak. Tapi rupanya macam rumah apilah. Sebenarnya dekat sini ada penerangan tentang sejarah perkembangan Malaysia mengikut tahun-tahunnya. Saya tak perasan pada mulanya, cuma nampak tahun-tahun sahaja. Ingat saja-saja tulis. Rupanya ada sejarah kat situ. Rugi juga tak dapat tengok betul-betul sebab dah hujan masa tu.
Kita akan melalui masjid ni bila naik Cruise. Masjid Bandar Raya atau lebih dikenali sebagai masjid 'besi' yang merupakan mercu tanda terbaru Putrajaya.
Sebenarnya saya tak dapat tengok pun belon-belon tu. Pergi hari terakhir, petang pula tu. Punyalah excited nak tengok tiba-tiba hujan. Belon tu baru naik sikit je. Dah hujan lebat, belon-belon tu pun dah turun balik. Sempat naik cruise saja.. Gambar-gambar belon tu sebenarnya kakak yang pergi masa hari kedua. Terima kasih Zakiah Zainal Abidin yang memberi sumbangan gambar.
No comments:
Post a Comment