Wednesday, March 17, 2010

Soal Jawab Chef

Beruntung ada mak saudara yang mempunyai minat yang sama iaitu hobi membeli buku. Kadang-kadang belum sempat baca dah beli buku lain sampai ada ketikanya tak ingat, buku ni dah beli ke belum. Sudahnya ada dua buku yang sama..hehe. So buat apa simpan dua-duakan, dapatlah saya buku free. Tq Mak Pah. Buku-buku yang kitaorang beli pun selalunya sama dari resepi, kraftangan dan buku agama.








Tajuk buku: Soal Jawab Chef

Penerbit: Buku Prima S/B Pengarang: Kompilasi Majalah Rasa

Halaman: 160 m/s Tahun terbitan:2009



Sinopsis:
Wanita khususnya sering menghadapi masalah dari segi penyediaan bahan atau ramuan, rasa yang kurang sedap sering menjadi kemusykilan yang perlu diselesaikan. Contohnya mengapa kek gula hangus tidak masak sempurna atau tandoori yang dibuat tidak seperti tandoori mamak. Di dalam buku ini semua persoalan itu dijawab oleh pakar masakan terkenal iaitu Chef Noraini Adnan.
Komen:
Memang selalu beli majalah Rasa dan memang semuanya dah baca. Tetapi buku ini mengingatkan semula apa yang telah dibaca. Lagipun senang menyimpannya jika dibandingkan kita potong dari majalah dan simpan. Harganya RM12.90 sahaja. Gambar-gambar dimuatkan tetapi bukan semuanya. Memang sesuai dijadikan koleksi bagi orang yang minat memasak atau tak berapa tahu nak masak.
Soal jawab chef:
kompilasi dari majalah rasa / penyelaras Norsuraya Desa
ISBN 978-967-5234-60-6
1.Cookery--Malaysia. I.Norsuraya Desa II. Judul
641.59595

No comments: