Tempat terbaik di Safari Resort sebab dalam dewan makan tu boleh la kitaorang buat kecoh tak mengganggu orang lain. Masa ni krew pengambaran Hantu Kak Limah 2 pun ada kat sini. So ada juga la yang menunggu-nunggu kehadiran Awie. Nampak juga la Mamat Khalid dok lalu-lalang.
Sekolah kami memang bersejarah. Dulu-dulunya kediaman Residen. Terletak di atas bukit. Tiap-tiap hari memang ‘memanjat’ bukit. Slim-slim semua pelajarnya..hehe.
Sedikit sejarah, sebelum ini pelajar perempuan menumpang di Sek. Inggeris Clifford. Jadi pada 1948, Pengetua Sek Men Clifford mengumumkan bahawa Sekolah Perempuan Inggeris Kerajaan akan dibina. Beliau berharap sekolah itu akan berjaya melahirkan wanita yang berpendidikan.
Telah melalui tiga tahap perkembangan yang melibatkan perubahan kepada nama sekolah:
1949- Methodist Girl’s School
1954- Government English Girl’s School
1970- Sek Men Raja Perempuan Kelsom- mengambil sempena nama Almarhum Paduka Bonda DYMM Sultan Perak iaitu Sultan Idris II ibni Sultan Iskandar Shah (yang ke-32)
Tahun lepas jumpa cikgu sekolah yang datang ke KL bawa rombongan sekolah. Sempatlah bercerita. Agak membanggakan bila cikgu cakap masa batch kami, masalah disiplin taklah teruk sangat, sekarang ni macam-macam. Semakin mencabar.
Ada yang berbelas-belas tahun dan berpuluh-puluh tahun tak jumpa maklumlah lepas UPSR, ada yang pandai pergi sekolah asrama penuh. Ni baru berjumpa. Terharu jugak ada yang turun dari KL, Kedah, Taiping dan Ipoh semata-mata nak meriahkan reunion ni.
3 comments:
hi zarina...memang so happy dpt jumpa semua orang...n thx for the cenderahati ye....so sweet...
jumpa lagi 7 tahun dari sekarang.
sebut2 pasal awie, nak mengata aku le tuh
anits: nasib baik ramai suka cenderahati tu..kitaorang pun puas hati :)
ida:ada orang terasa...hehe tau takpe
Post a Comment