Mula-mula kenal Roti Tisu ni dalam 4-5 tahun lepas dekat Aman Suria. Tapi masa tu datang berdua je so mesti tak boleh habis kalau order. So tak merasa le. Kali kedua pula masa duk sembang-sembang dengan kawan sepejabat...semuanya excited nak cuba. Masa lunch time tu kita orang bersemangat waja ke SS2 nak makan. Alih-alih orang tu kata tak ada. Pukul 3 baru ada. Ya tak ya orang lain lunch makan nasi kitaorang mintak roti pulak. Hmm ... buat lawak je.
Selepas beberapa tahun, ni ha baru dapat cuba. Kitaorang pergi kat Ampang.
Tinggi roti ni tak sampai 1 meter, hampir-hampirlah jugak. Sesuai untuk makan 4 orang. Terpaksa dibaringkan barulah senang nak makan. Kalau kat tempat lain roti tisunya tak tinggi macam ni. So kalau nak order tu tengok tempat dulu ya. Jangan terpesan lebih!! hehe
Rasa macam roti boom sebab ada gula tapi versi nipis. Orang tu tak bagi kuah pun tapi dah biasa mencicah, mesti nak pekena kuah juga barulah sedap. Rasa rangup je. Sayangnya tak habis makan. Minum three layer tea banyak sangat sebab lama nak tunggu dia buat. Maklumlah rotinya besor, kan. Apa pun puas hati sebab dapat cuba dan meluangkan masa dengan saudara- mara dan makan free...ngee.
3 comments:
Oooo kat nasi kandar kayu memang best.. tapi kalau makan nasi kandar dia mahal sikit lerrr...
eh..kat bandar sri permaisuri pun ada kayu nasi kandar...kat traffic light tu...ooo..nanti boleh la aku cuba
BSB: kalau makan nasi kandar selalunya dia sua suh ambik ni ambik ni. Tetiba dah jadi mahal :)
CK:kalau ko makan anak beranak tak habis punya..ko tu dahlah diet
Post a Comment