Jom jalan jalan ... makan-makan ... buat sesuatu yang baru ... kembangkan minda ... macam-macam rupanya yang ada di sekeliling kita.
Sunday, July 31, 2011
Makan-makan sebelum menyambut puasa
Wednesday, July 27, 2011
Telur Pindang
Daun lengkuas
Daun jambu untuk beri warna hitam pada telur
Daun serai + isi Daun senduduk
Kicap pekat
Ketumbar 2 kg
Jintan halus 100g
Jintan kasar 100g kisar semuanya
Bawang kecil 3 kg dengan kulitnya
Bawang putih 1kg
Cili kering 200 g
Isi lengkuas
Cuka 1 cawan
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
- apabila semua daun telah dicuci, susun sedikit demi sedikit daun dalam periuk.
-letakkan semua bahan- bahan yang digunakan sedikit demi sedikit sambil diselangi telur
-Buat sehingga habis bahan
-kemudian, telur hendaklah direbus pada api yang kecil dalam jangka masa 2 hari.
Tuesday, July 26, 2011
Tol Kahwin
Baru ni ke Johor, kenduri. Kali kedua datang sini. Dulu-dulu datang siang tapi kelmarin malam. Aduh tak jumpa jalan. Sesat larat. GPS pun tak membantu sebab tak keluar pun alamat yang dicari. 4 stesen minyak berhenti tanya. Kalau malu, memang sesat jalan. Mujur juga ada orang yang dengar saya nak cari Taman Kemas dan dia membantu sebab satu jalan. Terima kasih. Tu la dalam buat satu-satu hal kita tak boleh cepat berputus asa. Jumpa juga akhirnya tanpa menelefon tuan rumah. Dah agak, tuan rumah mesti sibuk so tak naklah menyusahkan.
Majlis perkahwinan di Johor dan Melaka masih dihiasai dengan acara tol. Dikenakan pada pengantin lelaki sebelum dapat bertemu pengantin perempuan. Tol ni sebenarnya untuk suka-suka je. Dulu-dulu derang tak banyak hiburan, jadi acara beginilah yang memeriahkan majlis untuk tetamu dan pekerja.
Biasanya dalam sampul letak 50sen atau RM1. Seboleh mungkin jurutol akan minta duit yang lebih banyak daripada rombongan pengantin lelaki. Kalau pengantin lelakinya dari negeri lain mesti bengang kalau tengok banyak tol yang ‘tersedia’ di depan. Jangan marah ar...suka-suka je. Dapat gak singgit, b0leh beli kuih makan pagi.
Ada yang kata lebih kejam dari plus lagi. Hehehe. Suka-suka je.
Tol Pertama
Monday, July 25, 2011
Draw and describe yourself

Ditag oleh En Blabber.
Nak lukis macam tak cantik je nanti so untuk muka kita tekap je. Bukan bermaksud cantik macam Kareena Kapoor tapi kawan saya pernah cakap mata saya besar macam orang India. Saja tak letak artis Mollywood, apa kelas, Bollywood glamer sikit dan pernah kena ngorat dengan lelaki-lelaki dari Bollywood juga hahaha bukan kes perasan, pernah terjadi. Padahal orang suka Chinese look.
Orang lidi ni maksudnya saya kurus orangnya. Masa sekolah lagilah sekeping je sampai diberi gelaran Ciki dari cikeding ke chikedees ntahlah yang mana satu. Lupa. Kawan ni memang berpengaruh sikit orangnya sampai orang lain pun panggil nama Ciki gak. Sampai sekarang derang ingat. Walaupun tak berapa nak suka nama tu tapi nama tu glamer dari nama sendiri lagi.Huhuhu
Nampak tak pisau tikam kat hati tu. Baru-baru ni dikhianati oleh Z bukan nama sebenar. Rasa ditikam dari belakang...tapi kenapa ada pisau kat depan lak?..hahaha..tak reti nak lukis kat belakang. Sakitnya hati ini. Semoga dia mendapat balasan nanti. Opps bunyi macam pendendam pulak. Oklah selamat berbahagia hingga ke akhir hayat. Reverse psychology.
Ok kita tag orang lain pulak untuk suka-suka je:
2.BSB
Thursday, July 21, 2011
Safari di rumah
Dulu kawasan rumah ni hutan, tapi sekarang ni tak lagi sebab ramai yang dah buat rumah dekat-dekat sini. Jadi perkara biasalah kalau banyak binatang-binatang yang “menziarah”. Ada kera, babi hutan (sekarang ni babi yang pink tu, dari mana pulak terlepasnya?), tenggiling, tupai, ayam, kambing, pelbagai jenis burung, biawak, ular sawa (sampai panggil bomba suruh tangkap), keluang dan musang (malam-malam kalau dengar macam bunyi budak menangis tu musanglah sebenarnya)
Baru-baru ni pula ada seekor lagi binatang, tak tahu sama ada lotong atau siamang. Warnanya hitam dan ekornya panjang. Dia seekor je tak bercampur dengan geng-geng kera yang warna perang tu. Inilah namanya kera sumbang. Betul tak? Saya gelarkannya Si Amang sahaja. Ngada-ngada tau Si Amang ni, bila orang tengok dia mulalah dia melompat dari satu pokok ke satu pokok ala-ala gimnastik, akrobatik, sampailah dekat dengan kita. Takut juga dibuatnya, manalah tau dirampasnya kamera atau melompat kat kita, baik saya cabut lari dulu. Kalau kita tengok dari jauh pulak dia boleh cak cak dari celah daun-daun. Aduh kelakar dan comel. Menceriakan pagi saya! Pukul 6.15 pagi je dah dengar bunyi dia melompat dari pokok ke pokok.
Wednesday, July 20, 2011
Kurma
Sunday, July 17, 2011
Karnival Keselamatan Makanan 1Malaysia
Dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Diraja Dr Zambry bin Abd kadir anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perak 16-17Julai di Arena Square Kuala Kangsar. Kali pertama ada pameran yang meriah macam ni, selalunya asyik buat jualan murah baju-baju je kat sini sampai naik jemu dibuatnya. Antara jabatan yang buat pameran Jabatan Pusat Kesihatan Daerah KK- check kesihatan, Jabatan Agama Islam Perak-mengenai barangan dan makanan halal. Bahagian Farmasi-boleh dapat maklumat mengenai bagaimana nak semak ubat yang telah berdaftar melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Boleh tahu apa itu meditag. Bahagian Pergigian-ada kaunseling pergigian. Paling best bila pergi pameran-pameran ni dapat barang free yang eksklusif. Yeay! Saya juga suka baca brosur-brosur yang disediakan sebab lebih ringkas dan mudah difahami.
Dalam tu juga ada jualan makanan, banyak jus-jus dari buah Roselle, Markisa dan jus belimbing buluh best juga. Tak rasa masam pun. Last-last beli kerepek juga yang banyak. Apa dah jadi dengan niat nak kurang makan berminyak tadi???? Tak bleh tahan wo. Kudap-kudapan untuk menonton TV.