Thursday, September 8, 2011

Jangan Bersedih

Buku ni dipinjamkan oleh kawan sebelum puasa lagi. Lama dah ni..buat macam harta sendiri pulak..hikhik. Kalau pinjam kat library memang kena denda dah ni. Sorry Pyneh, akan baca secepat yang mungkin ya.

Tajuk: Jangan bersedih (Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan)

Penulis: Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni

Penerbit: Al Hidayah Publications, KL. Cetakan Pertama, 2007.

ISBN:978-983-099-804-6

Sinopsis: Buku ini merupakan hasil kajian yang sungguh-sungguh daripada penulis yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan tersebut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang menkagumkan. “Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih.”

Komen: Dah lama nampak buku ni, tebal dan dan bersaiz besar tapi bila dah dikecilkan, menarik sikit nak bacanya dan mempunyai 3 jilid. Lebih senang dalam bentuk poket kerana mudah dibawa ke mana-mana. Dan rasanya perempuan yang senang sebab selalu bawa handbag. Lagipun sekarang ni handbag semua saiz besar-besar maklumlah ada yang nak isi ipad atau galaxy tabs, kan. Merupakan penulis yang sama untuk buku motivasi khusus untuk wanita.

Duhai hati, bersabarlah. Laa Tahzan, setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Anda sendiri yang menentukannya. Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angina akan terus berhembus ke depan; air mengalir ke depan; setiap kalifah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehinggga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

Antara artikel yang menarik perhatian: ‘Teguhkanlah Keperibadian Anda’, ‘Terimalah Qadha’ dan Qadar Allah’, ‘Sesungguhnya Setelah Kesulitan Ada Kemudahan’, dan ‘Allah Akan Mengganti Yang Lebih Baik’.

No comments: