Harga: RM5.50
Terbitan: Utusan Karya
Lebih 70++ resepi dessert ada dalam ni. Waduh waduh nampak sedap dan saya memang suka makan dessert. Agar-agar yang biasa tu pun boleh nampak sangat sedap. Yummyyy. Teringat siri Best In The World 8TV. Pengacaranya(Razif) memang makan tak ingat dunia. Mula-mula tengok ish macam apa je pelahap benor... tapi bila dah tengok episod seterusnya suka pulak. Best sangat. Lagi best dia mengacara ni daripada berlakon.
Biasanya saya kalau tengok majalah Saji dan Rasa ada 3 peringkat. Peringkat pertama bacaan secara cepat, scan. Tengok setiap muka surat dulu sampai habis. Peringkat kedua, tengok mana resepi yang menarik perhatian kita tadi. Peringkat ketiga, barulah tengok apa-apa rencana yang ada dalam ni.
Antara yang menarik Kek Keju Krim Strawberi, Brownies Coklat, Nutty Chocolate Brownies, Berrylicious, Karipap Makaroni, Tat Oreo Keju..sekarang ni saya suka buat macam-macam tat dan memang dalam ni pun ada macam-macam tat.
Lately selepas macaron ada pavlova pula, kan. Apa itu pavlova? Dalam Saji ni ada rencana dari Chef Kamarul yang menceritakan kisah di sebalik Pavlova. Merupakan sajian yang menjadi rebutan antara Australia dan New Zealand. Pavlova bersempena nama penari balet terkenal dari Russia iaitu Anna Pavlova. Baca seterusnya dalam Saji tau!!!
3 comments:
tq for support saji...
bestnya Na...klu dapt org yg buatkan lagi best..hihi..
BSB: ur welcome..memang support utusan. Semoga Saji terus bersaing dengan majalah2 masakan lain yang ada di pasaran.
CA: pergi je ke rumah CK tu memang dia bleh buat suma :)
Post a Comment