Friday, March 23, 2012

Galeri Pangkor

Agak baru juga tempat ni lebih kurang setahun jadi tak berapa lengkaplah lagi di sini. Brosur belum ada dan tandas pula tengah diubah suai. Datang ke sini untuk mengetahui serba sedikit sejarah Pangkor. Pastinya sejarah Perjanjian Pangkor 1874 ada diceritakan di sini.


Perjanjian Pangkor 1874 merupakan peristiwa penting yang telah membuka jalan secara langsung kepada campur tangan politik British ke atas negeri-negeri Melayu. Melalui perjanjian ini, British mula menempatkan residen mereka di Perak dan memperkenalkan sistem pentadbiran British dalam hampir semua aspek negeri kecuali yang menyentuh soal-soal adat dan agama.

Perjanjian ini diadakan pada 20 Januari 1874 di atas sebuah kapal British iaitu Pluto yang berlabuh di luar pantai Pulau Pangkor. Antara yang terlibat dalam perjanjian ini adalah Andrew Clarke (Gabenor Negeri-negeri Selat), Raja Muda Abdullah, Ngah Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Cina.

Bermula dari Perak, British secara beransur-ansur berjaya meletakkan pengaruh politiknya di Selangor, Sungai Ujong, dan Pahang. Ini membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Seterusnya British berjaya menguasai negeri-negeri Melayu di utara Tanah Melayu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909. Akhirnya pada tahun 1914, British berjaya memujuk Sultan Johor supaya bernaung di bawah pengaruh British. Dengan ini British berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu. Semuanya bermula daripada PERJANJIAN PANGKOR 1874.

Peta lama. Cuba tengok ejaan 'kuala'. Dieja dengan huruf 'q'- Qualla Trong.

No comments: