Saturday, September 15, 2012

Mati mengejut


Khamis lepas mendapat perkhabaran mengejut. Sepupu meninggal kerana serangan jantung di usia 33 tahun. Awal tahun haritu, kawan rapat juga meninggal secara mengejut kerana jangkitan kuman di otak.  Ia memberi ingatan kepada kita Izrail datang menjemput, tanpa sebarang notis.

Di dalam majalah Solusi sebelum ini (isu 39,2011) ada diceritakan mati mengejut sudah menjadi fenomena biasa ketika ini. Dulu-dulu ia hanya menyerang golongan yang berumur 50 tahun ke atas kini ia melebihi sempadan usia hingga mampu menyebabkan kematian seawal umur 20-an.

Daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Antara tanda-tanda kiamat adalah apabila berleluasanya mati secara tiba-tiba.” (Riwayat al-Tabarani)

Hal ini sukar dibayangkan oleh manusia pada masa dahulu kerana jumlah mereka yang mati mengejut sangat minimum. Namun, Rasulullah s.a.w telah pun memberi peringatan kepada kita bahawa fenomena ini akan terjadi dan kini ia sudah pun berlaku.

Di status FB kawan sebelum ini, “marilah kita berpuasa ganti sebelum ajal datang menjemput.” Barulah teringat nak buat. Dulu-dulu raya ketiga dah mula kerja, terus  ganti puasa dan sempat puasa enam tapi kali ni susah sebab asyik teringat lagu azlinaaziz “kita beraya selama sebulan” ( erk lagu juga yang salah)

Ibarat pahat dengan penukul, bila ketuk barulah nak buat kerja. Memang selalu kena diingatkan.  Dulu-dulu bila pergi terawih boleh lupakan tv tapi ni terlebih tengok tv dah. Dulu-dulu boleh je bangun sebelum alarm bunyi, ni snooze berapa kali baru terbangun. Pendek kata, belum habis Syawal tabiat-tabiat lama dah mula nak datang balik. Adoi!

Kematian itu sebagai peringatan. 
                                                                                                
Al-Fatihah buat Maya.

No comments: