Friday, September 7, 2012

Sakit

Alor tengah sakit. Kakinya membengkak dan luka. Pada mulanya hujung kaki sahaja tapi makin membesar. Sebelum ini dah pernah kena, berlubang juga kaki yang sama, minta ubat kat klinik vet. Dia bagi iodin untuk bersihkan luka dan ubat makan, antibiotik. “Boleh ke taruh iodin ni? Tak mati ke kalau dia jilat. Pembantu  tu (MA/HA??) kata, “Yang matinya dia.” “Eh tak baiklah cakap macam tu.” Lepas tu baru dia cakap, “ Eh takde, cuci je luka tu, ok.” Kalau nak biar dia mati tak payahlah susah-susah orang datang situ ambil ubat. Balik rumah, masih tak yakin pakai iodin tu tukar air gamat. Luka semakin mengecil dan dagingnya tumbuh balik.

Selepas beberapa bulan penyakit tu datang balik di kaki yang sama. Malas nak pergi klinik balik, taruh air gamat je.  Lebih sebulan tak baik-baik tapi memang nampak luka tu mengecil. Pastu tiba-tiba Alor hilang dalam dua hari, terus besar luka tu sampai nampak tulang.  Kencing manis ke apa ni, luka tak baik-baik. Risau pulak kena potong kakinya. Kesian.  Kucing jiran sebelum ni kena batu karang, operate kena RM300. Macam kelakar jugalah, penyakitnya sama dengan orang.  

Alor  ni  bila sakit fiilnya lain macam sikit. Dia akan menyorok di tempat-tempat yang gelap, bawah tangga, dalam longkang dan terbaru dalam enjin kereta. Kelmarin bawa jugalah ke klinik vet. Walaupun PATI, dia pun ada hak mendapatkan rawatan. Nasib baik pembantu lain yang rawat. Sebelum cuci dan cucuk dia akan baca Bismillah. Lepas tu bila Alor mengiau kuat, dia akan pujuk, “ala la la, sikit je sikit je. Sekejap ya.” Dalam hati berkata, ‘Dahlah penyayang, handsome pulak tu. Alor! Kalau ko sakit lagi, dan dan tu juga kita pergi. Tak payah tunggu lama-lama lagi! Kekeke’

Bayaran RM12

2 comments:

Mummy Eda said...

Amboi! Hihihi ;D
Alor..tengok tu.. Mak Uda nak Alor sakit lagi! Cubit sket Mak Uda tu ;)

zarina said...

Ada kucing batuk kat umah ni tak baik-baik..hmmm camne tu..hehe