Terletak di Batu 21, Kg Talibong Tamparuli Sabah. Kalau dari
KK hendak ke Jambatan Tamparuli akan nampak rumah ni di sebelah kiri, sebelum
Shell.
Pernah melihat cerita rumah terbalik ni dalam Buletin Utama
sebelum ini. Jadi bila sampai sini
terujalah nak pergi.
Kereta kancil |
Masuk-masuk dah nampak rumah yang atap di bawah dan lantai di atas. Kereta kancil di
garaj juga dalam keadaan terbalik.
Sebelum masuk ke rumah, kena palu gong dulu macam memberi
salam kita nak masuk rumah. Ada petugas yang akan guide kita di dalam tu. Kisahnya
rumah ini didiami oleh sepasang suami isteri bersama anak mereka yang berumur 9
tahun tapi semua itu hanyalah rekaan semata-mata.. hahaha orang beria dengar.
Basikal dan pasu bunga |
Sayangnya tak boleh ambil gambar di dalam. Nanti kena denda dan gambar kena delete. Ada ruang tamu, beranda, bilik dan dapur di dalam ni dan semuanya secara terbalik seperti peti ais, meja, sofa, kecuali dua benda iaitu air cond dan ?? (lupa). Yang paling berat adalah mesin jahit yang juga diletak secara terbalik. Benda-benda yang ringan semuanya dilekat dengan gam, benda berat pula dilekat dengan paku dan skru.
Baju yang disidai secara terbalik |
Boleh tanya apa sahaja soalan kepada petugas itu tapi
punyalah kagum tengok sampai lupa nak tanya kenapa buat macam tu. Last-last
google sendiri balik. Biar wartawan yang bercerita sendiri.
Lawa tandasnya, mujur tak terbalik. |
No comments:
Post a Comment