Ingat lagi filem Sultan Mahmud
Mangkat Dijulang? Rasanya sepanjang hidup pernah tengok sekali je tayang kat TV
masa sekolah menengah rendah, pelakonnya siapa pun tak ingat, Noordin Ahmad kot
yang jadi Laksamana Bentan. Kalau cerita
P. Ramlee tu memang setiap tahun berulang-ulang kali tengok, idak ke stesen tv
ni nak tayang cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ni pulak boleh lah
ingat-ingat sejarah sikit.
Makam Laksamana Bentan terletak di
Kampung Kelantan. Papan tandanya jelas dilihat cuma bila nak sampai makam
tu, agak tersorok sedikit simpangnya.
Jadi kena lihat dengan penuh perhatian di sebelah kiri jalan.
Dipercayai bahawa disinilah
disemadikan Laksamana Megat Seri Rama yang dikenali sebagai Laksamana Bentan
yang berasal dari Bentan, Sumatera yang merupakan panglima angkatan laut
terbilang dan isterinya Dang Anum pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah II
yang memerintah jajahan takluk Johor (1685-1699).
Al-Fatihah. Ada dua makam di sini. |
Mengikut cerita legenda, Laksamana Bentan
yang berani telah ditugaskan untuk menghentikan pemberontakan yang berlaku di
daerah Haru dan Jambi. Walaupun beliau merupakan seorang pembesar yang setia
tetapi beliau bimbang meninggalkan isteri, Dang Anum yang sedang mengandung, seorang diri. Baginda Sultan faham dilema
Laksamana Bentan lalu berjanji untuk menjaga Dang Anum sepanjang ketiadaan
Laksamana Bentan mempertahankan negeri daripada serangan musuh.
Pada suatu hari, seorang lelaki datang ke istana dengan membawa sebiji nangka yang besar hasil pertama dari kebunnya. Ditakdirkan, ketika itu baginda Sultan keluar melawat kawasan. Dang Anum yang mengandung telah terlihat nangka tersebut lalu mengidam untuk makan nangka tersebut. Lelaki tersebut menyatakan hasil tersebut untuk dipersembahkan kepada raja. Keinginan Dang Anum tidak dapat lagi ditahan dan menyatakan seulas sahaja sudah cukup. Apabila baginda Sultan kembali ke istana dan melihat nangka tersebut yang telah dimakan (walaupun sedikit), baginda sangat marah pada Dang Anum yang telah menderhaka kerana makan nangka kepunyaan raja.
Dang Anum meminta maaf kepada Sultan
dan cuba menjelaskan bahawa bukan dia yang ingin makan nangka tersebut tetapi
anak di dalam kandungannya. Akhirnya, Tun Bija Ali, pembesar di istana yang
mendengar kisah tersebut mula mempengaruhi Sultan untuk membelah perut Dang Anum
untuk memastikan adakah betul anak dalam kandungan itu yang ingin makan nangka
tersebut. Tindakan jahat Tun Bija Ali ini berikutan dendam kerana tidak berjaya
mengahwini Dang Anum sebelum ini.
Apabila Laksamana Bentan mendengar
berita ini, perasaan marah dan dendam mula dirasai. Beliau kembali ke Kota
Tinggi dan membuat kacau di istana. Akhirnya Laksamana Bentan telah menikam
Sultan Mahmud yang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat
Jumaat. Ketika itu baginda sedang dijulang di atas usungan. Namun demikian
Sultan sempat menikam balas Laksamana Bentan dan bersumpah, “Orang-orang Bentan
akan muntah darah jika berkunjung ke bumi Kota Tinggi, selama tujuh keturunan”.
Peristiwa ini terkenal dengan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Kemangkatan Sultan Mahmud Shah tanpa
meninggalkan zuriat telah menamatkan
keturunan Sultan Melaka di negeri Johor.
Dipercayai, kawasan ini juga
merupakan kota pertahanan pada zaman kesultanan Melayu silam. Kedudukannya di
atas tebing tinggi Sungai Johor ini sangat sesuai digunakan sebagai tempat beristirahat
meninjau kedatangan musuh.
2 comments:
salam zarina.. banyaklah info sejarah kat blog awak ni.. bagusnya
Salam, terima kasih kerana melawat. Ada kesempatan melawat tempat bersejarah so mengenang kembali apa yang pernah kita belajar di sekolah dahulu.
Post a Comment