Kota Johor Lama, terletak dekat
sahaja simpang masuk ke Jojo Rakit. Ikut sahaja papan tanda jumpalah nanti. Ia
telah dibina dalam tahun 1540 pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat
Shah II (1528-1564). Kota ini merupakan kota pertahanan yang terbaik di antara
kota-kota pertahanan yang dibina sepanjang Johor.
Muzium Kota Johor Lama |
Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dalam tahun 1511, Sungai Johor telah dijadikan pusat pemerintahan dan kota pertahanan untuk menyerang balas kedudukan Portugis di Melaka. Keadaan semula jadi kota ini memudahkan pengawasan dibuat terhadap pergerakan keluar masuk kapal-kapal terutamanya ancaman dari orang-orang Acheh dan Portugis. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh berkali-kali.
Ia juga dikenali sebagai Kota Batu oleh
masyarakat setempat kerana didirikan di atas sebuah tanjung yang dikenali
sebagai Tanjung Batu. Kedudukannya yang
menganjur ke arah Sungai Johor merupakan kelebihan bagi askar Johor yang
berkawal dapat melihat kapal musuh yang datang menyerang Kota Johor Lama
terlebih dahulu. Keadaan muka bumi yang curam serta licin juga akan menyukarkan
musuh untuk naik ke bahagian atas Kota Johor Lama.
Dari sini boleh tengok musuh yang datang . |
Kota ini dibina berbentuk segi empat.
Bukan hanya dibina dengan timbunan tanah yang tinggi tetapi mempunyai susunan
batu yang terdiri daripada granit, laterit dan batu karang yang dibentuk dalam
blok segi empat dan disusun sebelum ditimbus dengan tanah di bahagian atasnya.
Susunan ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi struktur agar tidak mudah pecah
atau musnah apabila ditembak meriam musuh.
Dalam tahun 1587 kota ini akhirnya
jatuh ke tangan Portugis yang telah mendapat bantuan daripada Portugis di Goa.
Keseluruhan kota ini dibakar dan harta benda termasuk senjata dirampas.
Setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah II (1685-1699) maka berakhirlah pemerintahan kerabat Kesultanan Melaka dan digantikan dengan keturunan Bendahara. |
Di dalam muzium ini telah
dibahagikan kepada lima segmen
Segmen 1 – Pengenalan Sejarah Kota dan Kampung Johor Lama
Segmen 2 – Pemerintahan, Perdagangan
dan Peperangan di Kota Johor Lama
Segmen 3 – Kota-kota Pertahanan di
Sepanjang Sungai Johor
Segmen 4 – Taburan Nisan Acheh di
Daerah Kota Tinggi
Segmen 5 - Kajian Arkeologi yang dijalankan di Kota
Johor Lama
Masuk: Percuma
Waktu Lawatan: Isnin – Ahad, 9 pagi
– 5 petang.
No comments:
Post a Comment