Wednesday, April 23, 2014

Hari Ketiga: Kobe

Lepas balik dari Wakayama kami mahu ke Kobe pula. Sementara tunggu tren bergerak, belek-belek buku dan peta Kansai Pass. Jauhnya perjalanan dari Wakayama ke Kobe. Dari hujung peta (bawah) ke hujung peta (atas). Masa tu dah pukul 2. Berapa lama pula nak sampai kalau naik tren, mahu berjam-jam. Akhirnya ternampak boleh naik bot laju dari Kansai Airport. 30 minit sahaja. Ok gak singkatkan perjalanan.
JPY1800 tapi selepas diskaun kupon Kansai Pass dapatlah JPY1700 (RM55). Rupa-rupanya ada harga istimewa untuk pelancong yang memang baru sampai ke Jepun dan nak pergi ke Kobe pada hari tu juga dapat separuh harga.  Kami dah dua hari sampai so tak boleh la. Tapi promosi ni sampai 31hb Disember 2014 (untuk sesiapa yang terbaca blog ni).
Harga promosi untuk sesiapa yang baru sampai kansai airport dan untuk ke Kobe pada hari itu juga.


Macam naik feri Lumut ke Pangkor, Kuah ke Langkawi, Stulang ke Batam..banyak contoh supaya dapat feel hehe
Hairan juga kat manalah ferinya. Rupanya kena naik bas ke pelabuhan. Bas disediakan dalam 5 minit perjalanan. Sampai di pelabuhan Kobe naik bas lagi dan dia akan bawa ke airport Kobe. Di situ kami ambil tren Portliner.  Kami berhenti di stesen Sannomiya sebab ada baca dalam blog 10 minit jalan kaki. Tapi bila tanya kaunter info di mana arah masjid. Memang derang tak tahu walaupun ada sign dalam peta. Apalagi daripada menghabiskan masa berjalan tak tahu arah mana, tahan teksi dan tunjuk peta. Meter bermula JPY660.  Oleh sebab traffic jam, meter naik naik naik sampailah JPY980 rasanya. Rupa-rupanya masjid tu tersorok gak la di atas bukit jadi ramailah tak tau.
dari sini ada feeder bas yang akan bawa kita ke airport Kobe/naik tren


Masjid Kobe

dari tepi baru nampak kubahnya sebab wayar berselirat

Di dalam dewan (masjid)
Di depan masjid ada kedai yang menjual bahan runcit halal. Kami bertanya kedai makanan halal. Alhamdullillah ada Muslimah Jepun bertudung labuh dan berjubah dengan senang hati nak tunjukkan. Agak fasih berbahasa Inggeris jadi mudahlah nak bersembang.  Kedai tu tutup lah pula, dia patah balik ke kedai runcit tadi sebab nak suruh telefon kedai tu nak tanya sama ada buka ke tak sebab biasanya buka. Baiknya. Terharu. Katanya kedai tu buka 5.15 jadi dia suruh kami duduk dulu dalam masjid sementara tunggu restoran buka. Lebih kurang setengah jam lagi. Kami minta izin nak bergambar bersama, tapi dia malu, dan hanya minta kami doakan dia. Aminah Nur, semoga dirahmati Allah sentiasa. Barakkallah.

Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun dengan seni bina Turki. Terselamat daripada serangan bom atom ketika Perang Dunia Kedua dan gempa bumi yang dahsyat tetapi tetap teguh berdiri hingga sekarang.
Kedai runcit halal.. tetiba ada poster visit Malaysia 2014 tu yang berhenti singgah

Kedai ni sederet dengan kedai runcit tadi tapi terletak di penghujung jalan

Menunya semua nampak JPY1000 lebih
Restoran Naan Inn makanan ala Pakistan. Rupanya kedai ni buka dua kali. Lunch 11am-3pm dan dinner 5.30-9.30. Dibuka setiap hari. Tengok menu, pengsan ribu-ribu yen. Dekat RM60 satu hidangan. Paling murah roti naan JPY 300 sahaja tapi tak kan makan kosong je kan. Mestilah berkuah, chicken curry JPY1350 (RM43). Dari pagi hanya makan biskut dan coklat sebagai alas perut. Tak kisahlah mahal pun. Nasib baik air kosong free dan boleh refill. Sekali bila datang, portion besar rupanya hehe, kalau tau tadi kongsi. Masuk waktu maghrib dia pergi solat dekat masjid Kobe tadi, dan biar kami makan/jaga restoran. Percayakan kami lah tu. Saudara seislam tak akan buat khianat.  Aizat Amdan dan Siti Nurhaliza juga pernah makan di sini berdasarkan pada autograf yang lekat kat dinding.
kalau tak silap untuk rancangan destinasi air asia dlm astro

Cik CT kita pernah makan di sini juga

Nasi beryani selambak

Ada juga kedai runcit halal lagi satu di sini. Dari Naan Inn nak menghala ke jalan besar menuju ke tren boleh nampak ni.

No comments: