Lepas makan kami pergi ke mercu tanda Kobe, Kobe Port Tower.
Binaan besi warna merah berbentuk dram. Tapi kami tengok dari jauh sahaja. Ada ferris wheel juga di sini. So kawasan ni macam meriah jugalah dengan
lampu lip lap. Di sebelahnya yang nampak bumbung tu kalau mengikut brosur Kobe
Maritim Museum.
Singgah di pasar raya kat sini. Kedai 105yen (RM3.30). Semua
barang berharga 105 yen. Ala macam daiso yang semua barang RM5 tu. Yeay!
Balik
kami naik tren di Harborland. Mesin tiket ni kadang macam-macam rupa, kadang
tak faham. Tanya mamat seorang ni suruh tunjuk. Dia tak faham, dia nak balas BI
pun macam teragak-agak. So beritahu aje stesen apa dan tunjuk kat dia duit. Oh
senang je rupanya, masuk je semua duit, sebelum ni masuk syiling satu-satu. Dah
dapat tiket. Arigato. Dia balas balik, thank you your welcome dalam satu nafas. Hehehe.
|
Mercu tanda di Doutonbori Street, Osaka, iklan Glico Man |
|
Pocky pek jumbo. |
|
Di Malaysia namanya Rocky. |
Pergi Kobe naik bot tapi balik semula ke Osaka kami naik
tren. Time orang balik kerja, ramainya. Berdirilah jawabnya. Nasib
baik ekspres. Kurang sikit berhenti. Dah sampai destinasi, terjumpa pula kedai
buku Kinnokuniya. Biasa pergi KL je, ni original kat Jepun.Mesti pergi ni, Jepun terkenal dengan
kraf tangan- kait, patchwork, origami. Memandangkan masa singkat, tak sempat
nak perhati betul-betul. Waduh-waduh
Jepun semua. Google translate patchwork dan tunjuk dekat dia. Terus dia bawa ke rak berkenaan. Wah gila
banyak, buku best-best. Membesar dengan buku-buku jahit Jepun jadi ada kenangan
tersendiri. Akhirnya dapat satu berkenan di hati.
|
Tipu je ni tapi memang nampak real. |
Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah sebentar di
Doutonbori Street. Tempat ni memang dikenali sebagai food street. Dekat Jepun ni paling menarik display di
setiap restoran. Model-model makanan
yang seakan-akan asli. Kalau dessert tu lagilah rasa macam nak makan je. Saya
pernah tengok dalam NTV7, nama siri dah lupa tapi berkaitan kerja yang lain
daripada biasa. Kerja buat model2 makanan ni lah dan memang dia pergi ke Jepun
pun. Rumit cara pembuatannya untuk nak bagi nampak real.
Mercu tanda yang harus dilawati di sini ialah lampu neon
glico man yang merupakan gambar
orang yang berlari ke garisan penamat. Memang besarlah iklan ni berbanding
iklan lain. Glico man terkenal
dengan biskut jejari coklat berjenama Pocky. Jika di Malaysia ia dikenali
sebagai Rocky. Nama Pocky ditukar kerana
bunyinya agak sensitif macam pork. Ingat
lagi tak masa sekolah zaman-zaman tic tac, rocky, horlicks yang bulat-bulat dan
sugus. Ha time tu pun popular din dang, tora, tapi tak de class lah makan ni,
rocky style. Hehe Dekat sini memang ada macam-macam perasa , ada jumbo pek
lagi. Tapi idak le membelinya. Meragukan.
|
Boleh try main ni, 100 yen kot sekali. Arggh tipu je ,tak dapat pun nak kaut bear ni.*mood frust |
|
Doutonbori Street |
|
Hasil tangkapan. |
2 comments:
ketika nonton conan ada iklan yang sama seperti iklan Glico Man tu, ternyata itu di kobe, saya sangka tokyo :D
Ohhh tak, iklan glico man tu di doutonbori street di osaka... Bukan kobe atau tokyo :)
Post a Comment