Hari ini kami ingin berjumpa kucing yang dilantik sebagai Station
Master /Ketua Stesen. Di dalam wilayah
Kansai juga, iaitu Wakayama. Kami bertolak awal pagi memandangkan jauh juga
perjalanannya. Naik tren yang betul pada mulanya tapi rupanya kena transfer di
Izumisano sebab tren tu ke Kansai Airport. Mana nak tau, dah pengumuman dalam tren cakap Jepun
sepenuhnya. Mula perasan bila tengok dalam peta dia berhenti di stesen lain.
Patah balik mencari tren yang betul. Untuk kepastian
tanya orang yang kerja kat situ.
Petanda kita berjumpa jalan yang betul bila nampak tapak kaki
kucing ni. Perlu ke Kishi Station untuk berjumpa Tama. Tiket 1 hari JPY650.
Boleh naik berapa kali yang suka. Masa nak beli tiket ni kat kaunter, rupanya
derang dah ada satu kad besar translation BI. Jadi orang tu tak payah cakap
banyak. Di sini ada tren biasa dan tren khas. Tren khas ada gambar strawberi
(Ichigo),permainan (Omocha) dan kucing (Tama) tapi masa kami datang hanya ada
Omocha dan Tama. Di dalam tren juga dihias dengan pelbagai hiasan yang
berkaitan dengan tema. Tren khas ini mempunyai jadual. Jadi kita boleh rujuk
kalau nak naik tren yang mana.
|
Nampak tak ada gambar kucing di situ. |
|
Ni jadual tren khas. Ada je tren biasa tapi kenalah naik tren istimewa. Memang jadualnya tepat. |
|
Diskaun tiket murah sikit dan boleh naik berapa kali suka. Kita akan diberi tiket (kad)sebesar pasport (bukan bentuk tiket) dan akan ditunjuk pada pemandu tren |
|
Siap ada jadual ni. Ada day off lagi ya. |
Waktu tugasan Station Master. 10pg -4 petang. Ada hari cuti lagi.
Kami bertuah sebab datang hari Selasa jadi kedua-duanya bertugas masa tu.
Nitama di Stesen Idakiso dan Tama di Stesen Kishi. Oleh sebab Nitama ni junior
jadi dia kena kerja lebih sikit. Kalau si Tama ni cuti dia kena ganti kat
stesen Kishi. Kikiki comel jer konsepnya.
Ya apa tugasannya? Duduk, makan, tengok orang yang lalu-lalang dan tidur
di dalam bilik kaca yang lengkap dengan permainan. Kot-kot dia boring.
|
Tren khas Tama |
|
Ala tome tome.. masa kami datang elok dia jaga. Bila dah ramai orang yang tengok .. tidur la pula dia |
|
Boleh nampak telinga, mata dan pintu tu seakan mulut. Mulanya tak perasan, biasalah pergi sendiri so kena teroka sendiri, kalau ada tour guide tu mungkin lah dia terangkan. Bila tengok ada rombongan pelancong dari Hong Kong asyik tangkap gambar bangunan, baru perasan. |
Mengikut sejarahnya, pada 1
April 2006 pembukaan Wakayama Electric Railway Kishigawa Line. Tama dan kucing
jalanan yang lain telah dijaga oleh Encik Koyama yang duduk berdekatan stesen
Kishi. Dia diarahkan berpindah kerana membina rumah di jalan awam. Akhirnya
Encik Koyama merayu kepada Presiden Wakayama Electric Railway supaya Tama
tinggal di stesen tersebut. Setelah berjumpa Tama, Presiden tertarik hati dan
melantik Tama menjadi ketua stesen. Peminat kucing dari seluruh dunia datang ke
sini hanya untuk melihat kucing yang dilantik sebagai Station Master. (Boleh tengok dekat you tube)
Stesen akhir, Kishi. Di sini pula Tama bertugas tapi time ni dia
tidor.. hai banyak keroje gamaknya penat. Kat sini ada kafe dan boleh beli
oleh-oleh sebagai kenangan. Istimewanya bangunan ni kerana dia berbentuk muka
kucing siap ada mata dan telinga lagi.
|
Reka bentuk dalaman di dalam tren Tama. Sepanjang perjalanan tidak akan membosankan. Ada library kecil juga di dalam ni dan terdapat buku-buku mengenai kucing. |
|
Comelnya |
No comments:
Post a Comment