Majalah Rasa dah rumah terbuka dah..pantas..sejak bulan 6 haritu dah beli. Semua majalah pun bumper, penuh resipi dan fesyen. Kalau masa sekolah dulu memang tukang buat senarai biskut raya. Boleh menjangkau hingga 20 jenis resipi..dah dekat nak raya, cancel, cancel dan akhirnya buat biskut yang biasa juga sebab lebih banyak permintaan.
Setelah dibuat kajian tak berapa ilmiah, berikut meupakan biskut yang biasa ada di meja setiap rumah. Salah satu ni mesti ada lah:
1. Almond london/london bridge- legend biskut ni. Walaupun dah ada sejak 90-an tetap popular hingga sekarang. Kiranya ikon bagi biskut-biskut baru.
2.Tart-nenas,blueberi,strawberi,gulung,bunga. Setiap rumah mesti ada ni.
3.Florentine/caramelo-kepingan kekacang yang rangup seakab bepang kacang tapi lebih nipis. Tahun lepas lagi dah popular.
4.Drop cookies-biskut yang main jemput-jemput ni.Memang senang buat sebab tak payah terap, popularnya coklat chip la tapi rasanya tahun ni mesti red velvet cookies mencuri tumpuan.
5.Suji brunei/biskut arab-biskut yang jenis pakai minyak sapi. Ianya cair di mulut.
6.Semperit-ada bentuk panjang,bentuk bunga, ada warna hijau ada warna kuning tapi namanya tetap semperit.
7.Cornflakes-ohh yang ni paling mudah. rasanya rumah yang ada anak-anak kecik mesti buat ni sebab mak2nya tak ada masa nak buat kuih terap. Lebih mudah lagi yang salut dengan coklat aje.
8.Lidah kucing/rainbow cookies/keju- ada juga yang bentuk love dan bunga. Popular ni. siapa yang banyak putih telur sesuai buat ni.
9.Kuih tradisional mesti adalah juga satu jenis. Raya,kan mestilah nak tradisi sikit, agar-agar kering,bahulu,putu kacang dan kuih bangkit.
10.Muruku- jarangkan tengok orang hidang kerepek pisang time raya. Hehe..muruku ni sedap dihidang bagi rasa pedas-pedas maklumlah kuih laib manis-manis. Kena balance sikit.
Selamat membuat biskut raya!.
Jom jalan jalan ... makan-makan ... buat sesuatu yang baru ... kembangkan minda ... macam-macam rupanya yang ada di sekeliling kita.
Wednesday, July 9, 2014
Sunday, July 6, 2014
Talqin di Birai Katil
Semalam tertengok telefilem di TV1, cerita RTM ni biasanya tengok tajuk dulu, pelakon dan tengok 15 minit yang pertama barulah buat keputusan nak tengok ke tidak. Kalau di tv swasta tu biasanya memang yakin sedap.
Lakonan Syafie Naswip dan Zahiril Adzim yang memang dikenali
dengan lakonan mantap. Kenal Syafie sejak Muhsin dan layak jadi hero dah, rupa
pun ada. Semoga kekalkan disiplin dan tiada gosip murahan.
Menceritakan Zahiril seorang yang warak dan rajin solat
menyewa di rumah Syafie (Naufal). Naufal tidak solat tetapi Zahiril tidak
jemu-jemu mengajak. Seorang pendakwah tidak pernah putus asa dan dia akan
membaca talqin di birai katil Naufal setiap pagi untuk menggerakkan Naufal
supaya solat subuh berjemaah. Ya, kenapa
talqin? Kalau mengikut kata-kata ustaz dalam pengajian saya, ‘ubat’ untuk
melembutkan hati anak-anak yang keras hatinya, bawa dia ke kubur dan mendengar
talqin. Talqin boleh menginsafkan, sebenarnya pun talqin dibaca itu bukan untuk
orang yang mati pun, tetapi untuk orang yang masih hidup supaya bersiap sedia.
Naufal pula ditunjukkan ada sisi baik dan sisi jahatnya yang
akan ‘memandu’ dia dalam membuat keputusan tetapi dia lebih mengikut kata hati
jahat dan memang tidak terkesan dengan talqin yang dibaca.
Sebenarnya sisi baik dan sisi jahat yang ditunjukkan itu ialah
qarin dan malaikat. Untuk bacaan lanjut boleh rujuk di sini. Nak terangkannya
tak berapa pandai. Setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak
Adam, kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman kita ke mana sahaja
kita pergi. Qarin ini akan mengajak kita melakukan kejahatan dan menahan
daripada melakukan ketaatan kepada Allah.
Qarin dijadikan Allah sebagai pendamping setiap manusia.
Oleh yang demikian maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia
ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah
yang membuat pilihan untuk mengikut arah yang mana.
Qarin akan membisik-bisik was-was, melalaikan solat, berasa
berat hendak membaca al-Quran dan terasa manis tatkala melakukan maksiat.
Amalan zikir menjadi pendinding manusia daripada gangguan syaitan. Caranya dengan
membaca Bismillah dalam melakukan sebarang pekerjaan. Banyak berzikir, membaca
al-Quran dan taat melakukan perintah Allah.
Berbalik kepada cerita tadi, ada satu bahagian di mana
Naufal meracau kerana berada dalam dilema untuk mengikut perkara yang baik atau
buruk. Ustaz menenangkan dengan menyuruhnya mengikut kata hati. Ketika ini
teringat saya bacaan dari buku Hadis 40 Terjemahan dan Syarahannya, Mustafa Abd
Rahman, Dewan Pustaka Fajar, 1989.
Wailah bin al-Asqa berkata kepada Rasulullah: “Berilah
kepadaku satu fatwa tentang suatu perkara sehingga aku tidak lagi akan bertanya
kepada seorang sesudah engkau” maka Rasulullah pun berkata kepadanya:”Mintalah
fatwa diri engkau sendiri” kataku: “Bagaimanakah yang demikian?” Rasulullullah
menjawab: “Engkau tinggal apa yang meragukan engkau kepada apa yang tiada meragukan engkau, sekali pun telah
berfatwa kepada engkau oleh sekalian orang yang berfatwa”. Kataku lagi: “Bagaimanakah
yang demikian?” Jawabnya: “Letakkanlah tangan engkau ke atas hati engkau
(bagaimanakah keadaan perasaannya)”. Kerana hati akan tenang kepada perkara
yang halal dan tiada tenang kepada perkara yang haram.
Ikutkan pepatah Melayu, ikut hati mati tetapi bila di dalam
dilema, ikutlah fatwa hati.
Cerita ini agak klise bila dimatikan watak orang yang baik
dengan terlibat dalam kemalangan namun ia penyudah yang baik sebenarnya.
Produser sekarang ni banyak mencanangkan buat cerita gengster dan diselitkan
unsur seks dengan tujuan untuk memberi pengajaran..arggh tak payahlah, cerita
sebegitu langsung tidak menyentuh perasaan tetapi cerita Talqin Di Birai Katil
ini berjaya memberi kesan di hati walaupun setelah cerita ini tamat.
Floria 2014
Semasa datang ke KL, Floria sedang berlangsung jadi ambil kesempatan ke sana mewakili mak yang tak dapat pergi. Mak dan dua orang mak cik saya memang minat bunga, kalau deme bertiga ni pergi mahu dari pagi ke petang pun tak habis tengok. Dengan tema asam batu, memang derang ni peminat tegar asam batu.
Seperti biasa, kalau ke Putrajaya memang biasanya tak pernah
betul-betul terus sampai ke tempat dituju. Tak pakai GPS sebab dah tahu precint nya. Walaupun
dah ikut arah yang ditunjuk, pusing-pusing jumpa tempat lain..tasik yang ada magic of night?? Sebahagian daripada
floria gak.. dah tanya orang dekat situ dia pun tak berapa tahu dekat
mana..hampeh..memang nak balik je kalau tak jumpa dah lepas ni..mujurlah waktu
nak balik tu nampak pintu gerbang floria. Kalau dekat Putrajaya ni jalan yang
pas hanyalah precint 2 yang ada kompleks kerajaan dengan masjid..kalau dah ke
precint lain tu memanglah kemungkinan untuk sesat tu tinggi. Ada tak yang sama
dengan saya???
Sampai dalam pukul 2 lebih. Memang tengah panas terik..tapi
bagusnya orang tak ramai sangat. Mudah jugak dapat letak kereta. Bayar RM3.
Pintu masuk dihiasi dengan payung berwarna-warni. Cantik. Malangnya asam batu
yang menghiasi floria jenis yang senang hidup dan asam batu yang sama sahaja
ditanam sedangkan banyak lagi jenis asam batu yang lain kalau mengikut infonya.
Tapi kalau diikutkan dari segi hiasan-hiasan lain memanglah cantik dan sesuai
untuk photo shoot pre wedding, post wedding, selfie. Tu fasal orang yang datang tu semua mesti
memotretkan gambar dengan laman-laman dan kebanyakannya ada kamera di tangan.
![]() |
Kalau malam ada lampu. Tapi untung juga pergi tengah panas hari terik ni, nampak bayang-bayang, jadi ada dua imej |
![]() |
Botol ni kalau kena caranya, cantik dihias, contohnya jadi macam kat bawah ni. |
![]() |
Bawah botol tu dicat jadilah cam gini. |
![]() |
Dari plastik ni sebenarnya..kalau dari jauh tak nampak pun macam plastik. Kreatif |
![]() |
Cantik bila kincir angin ni berpusing.. kena buat video baru nampak cantik, still picture nampak biasa ajelah. |
![]() |
Ini adalah serpihan kayu yang diwarnakan. Kagum ni kalau tengok dekat-dekat. |
![]() |
Botol-botol mineral yang tak guna, simpan dulu ya boleh buat hiasan laman di hari raya nanti. Pewarna kuih yang dah expired tu pula boleh digunakan untuk kita main-main warna ni. |
![]() |
Macam ni pun nampak cantik dah, ton warna hijau. untuk menggambarkan daun-daun pokok |
![]() |
Banyak main warna, bekas ni selalu buat tempat kuih cheese leleh.. |
![]() |
Antara jenis asam batu. |
![]() |
Inilah asam batu carpet/hamparan yang saya cari dekat Floria, tetapi tak jumpa. Kalau di kampung ni, memang jenis yang ni lah orang cari-cari. |
Wednesday, July 2, 2014
Hari Keluarga
Sebulan yang lepas, saya sibuk dengan Hari Keluarga. Sejak
90-an lagi setiap tahun kami memang adakan perjumpaan untuk mengeratkan
silaturahim. Tahun ni balik kampung, tahun depan bercuti di luar pula. Namun
setelah semuanya bekerja, susah dah nak tetapkan satu masa. Terakhir, 2010 di
Kuala Woh, Tapah.
Gerak kerja awal telah bermula dari awal tahun lagi. Cuma 2
bulan sebelum tarikh barulah kerja-kerja dilakukan secara serius. Tema,
Nostalgia sebab semua balik ke kampung. Tidak diuar-uarkan pun tetapi dalam
kepala sendiri sahaja supaya fokus tak lari.
Masa ralit tengok fb tiba-tiba nampak boleh tempah buku nota khas. Ok juga untuk dijadikan kenangan. Di dalamnya ada sedikit lakaran yang membolehkan
kita ingat fasal KK dan zaman yang dilalui. Memandangkan ahli keluarga ini
terdiri dari pelbagai generasi 40-an hingga 2000 jadi lakaran perlu disesuaikan
ikut generasi.
Bagi memastikan keseragaman juga tahun ni kami buat baju-T.
Pemilihan dari segi jenis kain dan warna memang sukar memenuhi kehendak semua
itu belum masuk lagi bab logo dan slogan. Bukan semua benda boleh mengikut
pemilihan majoriti lebih-lebih lagi bila terpaksa mengundi di alam maya kerana
selalunya keputusan tidak dapat dicapai oleh itu pentingnya AJK kecil untuk
memberi satu kata putus.
![]() | ||
Banner ini berjaya membuatkan generasi muda membandingkan mak atau bapa ikut muka tuk ke pah. |
Sebenarnya saya tak suka jadi ketua. Untuk tidak
mentensionkan diri, membayangkan sebagai penyelesai masalah. Sangat tidak
sangka boleh bekerja sama dengan sepupu-sepupu. Kalau dengan sepupu perempuan
tu biasalah kerjasama masa kenduri.. ni dengan lelaki pun sempoi gak la kerja
dengan deme. Kena berterima kasih dengan WhatsApp le nampaknya sebab kerja
berjalan walaupun masing-masing duduk di Perak, Kedah, KL, Sabah, Johor dan Pahang.
Free, kan so senanglah. Kalau SMS tu berkira-kira gak la dalam kepala kalau nak
letak ikon senyum pun. Namun ada gak maklumat tak sampai, akhirnya kena telefon
jugak hahaha nak jimat sangat konon. Dalam bulan tu setiap hari WhatsApp mahu
dekat berpuluh-puluh dalam satu hari.. naik juling biji mata nak tengoknya.
Rindu pula saat itu hehe.
Bernaung di bawah nama Tanakya, semoga anak-beranak Haji
Yusof dan Arbaiyah akan dirahmati Allah di dalam setiap kerja yang
dilakukan. Pada masa ini, kepimpinan
diterajui oleh generasi kedua iaitu peringkat bapa dan adik-beradiknya. Tidak
dapat membayangkan bagaimana hala tuju Tanakya bila generasi ketiga (peringkat
saya dan sepupu) nanti, namun jika dilihat dari kerjasama ini, insya-Allah
masing-masing mempunyai matlamat yang sama. Bila berpegang kepada agama,
nescaya tidak akan berpecah belah.
Ali Imran (Ayat 103):
Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah,
dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika
kamu dahulu (masa jahiliah)bermusuhan, lalu Allah menyatukan hatimu, sehingga
dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada
di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.
*selepas majlis selesai, baru perasan saya tak tangkap
gambar langsung. Kamera dan telefon pun tak de kat tangan. Very d busy le katakan. Memori dalam kepala
sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)