Wednesday, July 2, 2014

Hari Keluarga

Sebulan yang lepas, saya sibuk dengan Hari Keluarga. Sejak 90-an lagi setiap tahun kami memang adakan perjumpaan untuk mengeratkan silaturahim. Tahun ni balik kampung, tahun depan bercuti di luar pula. Namun setelah semuanya bekerja, susah dah nak tetapkan satu masa. Terakhir, 2010 di Kuala Woh, Tapah.
Gerak kerja awal telah bermula dari awal tahun lagi. Cuma 2 bulan sebelum tarikh barulah kerja-kerja dilakukan secara serius. Tema, Nostalgia sebab semua balik ke kampung. Tidak diuar-uarkan pun tetapi dalam kepala sendiri sahaja supaya fokus tak lari.

Masa ralit tengok fb tiba-tiba nampak boleh tempah buku nota khas. Ok juga untuk dijadikan kenangan. Di dalamnya ada sedikit lakaran yang membolehkan kita ingat fasal KK dan zaman yang dilalui. Memandangkan ahli keluarga ini terdiri dari pelbagai generasi 40-an hingga 2000 jadi lakaran perlu disesuaikan ikut generasi.
Bagi memastikan keseragaman juga tahun ni kami buat baju-T. Pemilihan dari segi jenis kain dan warna memang sukar memenuhi kehendak semua itu belum masuk lagi bab logo dan slogan. Bukan semua benda boleh mengikut pemilihan majoriti lebih-lebih lagi bila terpaksa mengundi di alam maya kerana selalunya keputusan tidak dapat dicapai oleh itu pentingnya AJK kecil untuk memberi satu kata putus.
Banner ini berjaya membuatkan generasi muda membandingkan mak atau bapa ikut muka tuk ke pah.

Sebenarnya saya tak suka jadi ketua. Untuk tidak mentensionkan diri, membayangkan sebagai penyelesai masalah. Sangat tidak sangka boleh bekerja sama dengan sepupu-sepupu. Kalau dengan sepupu perempuan tu biasalah kerjasama masa kenduri.. ni dengan lelaki pun sempoi gak la kerja dengan deme. Kena berterima kasih dengan WhatsApp le nampaknya sebab kerja berjalan walaupun masing-masing duduk di Perak, Kedah, KL, Sabah, Johor dan Pahang. Free, kan so senanglah. Kalau SMS tu berkira-kira gak la dalam kepala kalau nak letak ikon senyum pun. Namun ada gak maklumat tak sampai, akhirnya kena telefon jugak hahaha nak jimat sangat konon. Dalam bulan tu setiap hari WhatsApp mahu dekat berpuluh-puluh dalam satu hari.. naik juling biji mata nak tengoknya. Rindu pula saat itu hehe.

Bernaung di bawah nama Tanakya, semoga anak-beranak Haji Yusof dan Arbaiyah akan dirahmati Allah di dalam setiap kerja yang dilakukan.  Pada masa ini, kepimpinan diterajui oleh generasi kedua iaitu peringkat bapa dan adik-beradiknya. Tidak dapat membayangkan bagaimana hala tuju Tanakya bila generasi ketiga (peringkat saya dan sepupu) nanti, namun jika dilihat dari kerjasama ini, insya-Allah masing-masing mempunyai matlamat yang sama. Bila berpegang kepada agama, nescaya tidak akan berpecah belah. 

Ali Imran (Ayat 103):
Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah)bermusuhan, lalu Allah menyatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.

*selepas majlis selesai, baru perasan saya tak tangkap gambar langsung. Kamera dan telefon pun tak de kat tangan.  Very d busy le katakan. Memori dalam kepala sahaja.


No comments: