Sunday, July 6, 2014

Floria 2014


Semasa datang ke KL, Floria sedang berlangsung jadi ambil kesempatan ke sana mewakili mak yang  tak dapat pergi. Mak dan dua orang mak cik saya memang minat bunga, kalau deme bertiga ni pergi mahu dari pagi ke petang pun tak habis tengok.  Dengan tema asam batu, memang derang ni peminat tegar asam batu.
Seperti biasa, kalau ke Putrajaya memang biasanya tak pernah betul-betul terus sampai ke tempat dituju.  Tak pakai GPS sebab dah tahu precint nya. Walaupun dah ikut arah yang ditunjuk, pusing-pusing jumpa tempat lain..tasik yang  ada magic of night?? Sebahagian daripada floria gak.. dah tanya orang dekat situ dia pun tak berapa tahu dekat mana..hampeh..memang nak balik je kalau tak jumpa dah lepas ni..mujurlah waktu nak balik tu nampak pintu gerbang floria. Kalau dekat Putrajaya ni jalan yang pas hanyalah precint 2 yang ada kompleks kerajaan dengan masjid..kalau dah ke precint lain tu memanglah kemungkinan untuk sesat tu tinggi. Ada tak yang sama dengan saya???

Sampai dalam pukul 2 lebih. Memang tengah panas terik..tapi bagusnya orang tak ramai sangat. Mudah jugak dapat letak kereta. Bayar RM3. Pintu masuk dihiasi dengan payung berwarna-warni. Cantik. Malangnya asam batu yang menghiasi floria jenis yang senang hidup dan asam batu yang sama sahaja ditanam sedangkan banyak lagi jenis asam batu yang lain kalau mengikut infonya. Tapi kalau diikutkan dari segi hiasan-hiasan lain memanglah cantik dan sesuai untuk photo shoot pre wedding, post wedding, selfie.  Tu fasal orang yang datang tu semua mesti memotretkan gambar dengan laman-laman dan kebanyakannya  ada kamera di tangan.



Kalau malam ada lampu. Tapi untung juga pergi tengah panas hari terik ni, nampak bayang-bayang, jadi ada dua imej
Botol ni kalau kena caranya, cantik dihias, contohnya jadi macam kat bawah ni.

Bawah botol tu dicat jadilah cam gini.


Dari plastik ni sebenarnya..kalau dari jauh tak nampak pun macam plastik. Kreatif

Cantik bila kincir angin ni berpusing.. kena buat video baru nampak cantik, still picture nampak biasa ajelah.
Ini adalah serpihan kayu yang diwarnakan. Kagum ni kalau tengok dekat-dekat.
Botol-botol mineral yang tak guna, simpan dulu ya boleh buat hiasan laman di hari raya nanti. Pewarna kuih yang dah expired tu pula boleh digunakan untuk kita main-main warna ni.
Macam ni pun nampak cantik dah, ton warna hijau. untuk menggambarkan daun-daun pokok
Banyak main warna, bekas ni selalu buat tempat kuih cheese leleh..
Selalu kan, orang selalu simpan jeans yang dah tak muat dalam almari kononnya sebagai motivasi untuk kurus. Tapi selalu tak pernah jadi sebab tak nampak depan mata, apa kata kali ni letak je jeans kat luar.. ingatlah sikit..hehehe
Laman yang menggunakan barang-barang kitar semula. Ok ni boleh cari rim basikal yang tak pakai, pastu tutup botol aerosol yang pelbagai warna. Tapi tetap kena ada kemahiran asas bertukang ya, kalau tak, ibarat tikus membaiki labu jadinya nanti.

Antara jenis asam batu.
Sebelum pergi ke sini, singgah di rumah mak cik dulu, dia cerita, kawannya pergi floria tapi beli kaftan, saya pun mengulas, orang pergi floria beli bunga-bunga, ada ke beli kaftan..hahaha. Sekali, saya  ke sini tapi beli acu kuih ni..hahaha releven ke tak pergi floria tapi beli acu ni. Ni kalau mak cik tau, mahu kena gelak balik. Syyy..
Inilah asam batu carpet/hamparan yang saya cari dekat Floria, tetapi tak jumpa. Kalau di kampung ni, memang jenis yang ni lah orang cari-cari. 

No comments: