Wednesday, October 8, 2014

Sado?? !!


Sebelum ni saya ada terbaca tajuk dari blog gossip ni tentang Zul Ariffin  Abang Sado..masa tu Zul tengah popular dengan Rindu Awak 200%. Apa ke benda sado tu? Bila nak click, time tu lah line internet tak ok. Sampai ke sudah tak tau maknanya. Baru-baru ni je terdengar semula perkataan tu dan maksudnya orang berbadan besar. Saja-saja click dekat google. La ada pulak kamus bahasa urban dan siap ada makna sado lagi dalam ni.

Sado;

A Malaysian slang, commonly used by teenagers. It describes someone who is strong and muscular. It was actually originated by the word ‘Besar Bodoh’ (meaning the person or it is huge) turn to ‘Besar Do’ (‘Do’ as in Bodoh as in stupid) and lastly to Sado.

Contoh ayat:
A muscular guy passing by
Abg Kacak: Dude! Look at that dude’s figure! Sado Sial!!

Adoo! Apa punya bahasa zaman sekarang dahlah bodoh, sial pulak lagi. Ish ish ish kesian. Yup biasa dah dengar orang selitkan do do do di belakang ayat. Dalam tv pun ada. Bodoh rupanya maknanya. Motif?? Urban la sangat kan..hmm. Merimaskan mendengarnya. Saya tak gamak la nak ngata orang bodoh secara berdepan, mengaku sendiri bodoh adalah.

Bahasa slanga merupakan kata-kata (ungkapan dsb) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Kalau setakat bahasa dialek negeri-negeri  masih boleh difahami. Kalau slanga bahasa cina (contoh: tapao) pun masih boleh difahami. Ini datang pulak bahasa urban yang entah apa-apa je. Tak boleh nak relate langsung.
Saya orang kampung.

Rupanya dalam Kamus Dewan pun ada perkataan sado ni
Id (Indonesia) Sejenis kereta beroda dua (yang ditarik oleh kuda)

2 comments:

IdaShazana said...

jangan cerita pasal oto plak ye

zarina said...

Ida Shazana : nanti jadi ajaran sesat pulak kalau cerita di sini hahaha

Rose Azadir: salam kenal juga