Cuti sekolah yang panjang, seperti biasa kenduri kahwin atau tunang bertimpa-timpa. Ha cincin dah beli? Dulu-dulu saya suka tengok wayang cerita komedi romantik. Bila nak melamar heroin tu dan supaya surprise! si hero ni ambil klip tin minuman bergas dan jadikan cincin sambil bertanya, "Will you marry me?" Tak pun ambil pen buat gambar cincin...hmm cerita Full House hehe atau pun ambil benang kemudian ikat kat jari tu sebagai tanda sambil disajikan lagu latar yang membuai perasaan..walawei..so lomantik!!.
Lomantik le sangat kan. Ok ni orang dah tahu cara untuk mendapatkan
measurement ring size yang bertepatan
dengan saiz jari anda. Tiada lagi
masalah cincin terlalu ketat hingga menyakit jari-jemari anda yang runcing atau
terlalu longgar hingga mudah tertanggal dan hilang.
Pertamanya, sila sediakan barangan tersebut terlebih dahulu;
Pembaris, pen dan kadbod- oh zaman sekolah dulu dipanggil manila kad.
Rujuk gambar untuk lebih jelas.
Kedua, potong sedikit kadbod dan
lilit di jari anda seperti anda memakai cincin. Untuk mendapat ukuran yang
tepat, tanda kadbod menggunakan pen.
Ketiga, setelah menanda kadbod
tersebut, ukur dengan menggunakan pembaris untuk mendapatkan ukuran yang tepat.
Ok, boleh rujuk kepada rajah di bawah
saiz cincin yang sesuai untuk anda:
Berikut merupakan saiz cincin
berdasarkan panjang lilitan jari anda. Pembelian anda kini menjadi lebih mudah
dengan mengetahui ukuran sebenar cincin anda. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment