Langkawi Duck Tours di Oriental Village |
Sampai homestay dah zohor. Lepas solat mulakan perjalanan ke
Oriental Village – kereta kabel. Sebelum ni dah tengok website ada pakej kombo
untuk semua aktiviti yang ada di sini RM110. Sampai sana, dinasihatkan orang tu
datang pagi-pagi sebab kalau kombo ni dalam 4 jam baru selesai. Esoknya dah
plan nak datang pagi-pagi seawal pukul 9. Terus ke Beras Terbakar sebab dah
dekat situ dan shopping Daim le apalagi.
Telaga Harbour Park |
Lepas maghrib, pergi ke Kuah pula kompleks HIG. Rupanya
tutup 9.30 malam. Kami sampai 9 malam. Fuyoo ramai orang shopping sakan beg.
Kebanyakannya memang mengheret beg besar-besar la. Ni mesti shopping banyak
sampai tak muat beg ataupun dari awal memang dah plan nak beli beg baru sahaja.
Seterusnya pusing-pusing kawasan sekitar sahaja.
Alhamdulillah pengalaman datang sebelum ni membuatkan perjalanan lebih mudah
walaupun memandu malam sebab tau tempat-tempat tu. Kadangkala tu ada sesat
laratnya juga tapi biasalah tu boleh tau jalan lain pulak. Seperti biasa memang
tak suka pakai apps Maps/Waze pun walaupun sekarang lebih mudah kerana tak
dapat menghayati suasana sekitar lagipun papan tandanya lengkap. Ikut sahaja.
3D Live Art Museum. Realkan macam baru balik shopping dengan berstokin je pulak tu. Hehe. Memang tak lah, nak shopping gini punya banyak. |
Gunung Raya, naik menara ni boleh lihat pemandangan lebih jelas tapi jerebu masih ada. |
Shopping tak banyak mana pun sebab lebih suka melawat
tempat-tempat. Datang kali ni perubahan yang dapat dilihat, banyak tempat yang dulu
free dah kena charge dalam RM3-RM5. Nak masuk tandas pun rata-rata 50 sen. Tak
jumpa langsung yang 30 sen. Yang free lagilah tak de.Dekat Chenang Mall lagilah
RM1 dapat 1 tisu free. Macam bagus je
promosi haha.
Kami naik ETS balik ke Kuala Kangsar dari stesen Alor Star
pukul 4.48 petang. Tiket feri ada pukul 1 petang, sesuai juga kalau ambil.
Akhirnya risau pulak kot ada apa-apa hal nanti jam di tengah jalan atau feri
lambat, terlepas pula ETS. Jadi tukar plan ambik pukul 11.30 pagi. Naik teksi
dari jeti Kuala Kedah ke Stesen Kereta Api Alor Setar RM25. Bayangkan dalam
kepala, besar juga Alor Setar ni mesti ada kantin kat situ. Sekali rupanya tak
de. Kedai pun agak jauh sebab stesennya memang macam tersorok di hujung dunia.
Aduhai. Nak naik teksi pergi Mall dekat situ macam malas dah sebab nak ngangkut
beg akhirnya lunch dengan cekelat sahaja. Pelan asal, balik nanti nak naik ke
Kuala Perlis dan naik kereta api di stesen Arau, memandangkan tak biasalah
pulak kawasan Perlis tu, jadi pilih Alor Setar. Kadang-kadang kita lebih selesa
pergi ke tempat yang kita tahu berbanding tempat yang baru. Alhamdulillah
selamat sampai, misi menguji pengangkutan awam tercapai sambil-sambil reunion dan bercuti.
No comments:
Post a Comment