Tarikan yang ada di sini kebiasaannya kereta kabel. Ikut je
papan tanda insya-Allah sampai. Laluan yang sama jika nak ke Telaga Tujuh.
Surf website terlebih dahulu untuk tahu harga tiket. Boleh
juga book online tapi bagi warganegara Malaysia rugi kalau beli online sebab
ikut harga pelancong RM110. Beli kat
kaunter lebih murah dan dia akan tengok IC.
Yang menarik di sini kereta kabel. Kita boleh beli yang mana
kita nak masuk dan ada juga pakej kereta kabel dengan yang lain sekali.
Walaupun dah pernah naik kereta kabel 3 kali sebelum ni tapi dah pergi dengan
kawan-kawan kira naik sekali lagi aje lah. Kami ambil pakej kombo yang
ditawarkan.
3D Art Museum |
Hari Ahad buka 9.30 pagi tapi kalau tak silap tiket dah jual
awal sikit.
Dalam pakej kombo, tiket termasuk:
Sky Cab, Sky Dome,6D Cinema,Duck Tours dan 3D Art Museum.
Jumlah RM90 untuk warganegara Malaysia.
3D Art Museum |
3D Art Museum tarikan terbaharu. Memang kami tuju ke sini
dulu takut orang ramai dan susah nak bergambar. Yes kami bertiga je dalam tu,
so dapatlah bergambar dengan penuh drama hehe. Kasut kena letak di rak. Setiap
bahagian ada tema dan ikut je panduan bergambar yang disediakan di situ
dapatlah gambar yang kelihatan real.
Setelah habis di situ terus ke Sky Cab. Sebelum menunggu ke
Sky Cab tu dia suruh masuk ke Sky Dome. Animasi yang boleh ditonton pada sudut
360°.
Keadaan tempatnya macam tengok planet/bintang dekat Planetarium Negara.. erk
tapi itu zaman dulu kala, sekarang tak tau ada ke tak. Kita duduk menyandar dan
dongak. Pening sekejap bila tengok roller coaster berpusing.
Sky Bridge. Pemandangan dari bahagian atas |
Seterusnya berbaris ke Sky Cab. Ada dua perhentian di situ. Boleh
berhenti di tengah atau terus ke atas. Kalau nak naik atas terus tak perlulah
turun, duduk saja di situ. Nak pergi dua-dua pun boleh sebab tak dihadkan masa
duduk atas tu. Di bahagian atas kita boleh naik Sky Bridge. Last pergi tak kena
bayar, tapi yang ni dah bayar la pulak. RM5 seorang. Kena menuruni tangga
kecil, oleh kerana laluan keluar dan laluan masuknya sama, kadangkala kena
saling toleransi bagi jalan. Siapa yang pakai kasut tinggi memang tak berapa
sesuai nak turun tapi boleh je sebab ada tangga cuma kemudian nanti mesti sakit
jari jemari tu. Bila turun senang je, bila nak balik…fuh tercungap-cungap
mintak nyawa. Wawawa dah lama tak bersenam. Siapa yang tak nak bayar boleh je
naik bahagian atas tu..pemandangannya pun dah cukup mengagumkan.
Ketika menuruni kereta kabel kita boleh nampak air terjun ni. Subhannallah indahnya alam ciptaan Tuhan. |
Simpan tiket elok-elok ya sebab nak keluar nanti kena scan kat
exit.
Turun je tangga terus pergi ke 6D Cinemation.Tulis di kaunter
siapa yang tiket kombo kena ambil masa
tayangan dulu. Tapi dah rezeki kami kot sebab tak payah tunggu lama terus boleh
masuk je. Akan diberi cermin mata 3D. Namanya pun 6D jadi kita bergerak dan
boleh merasa angin, air dan segalanya ibarat berada dalam movie tu. Jangan lupa
pakai seat belt dan pegang di tempat pemegang yang disediakan takut anda
betul-betul tercampak kat dalam movie tu hehe. Enjoy.
Kenderaann amfibia, di darat dan di air |
Akhir sekali kami ke Duck Tours yang terletak di pintu
masuk/keluar. Yang ni pun ada waktu naik juga. Jadi lebih elok kita tahu
waktunya supaya boleh merancang. Sebelum
ni pernah nampak ‘itik’ ni masa p Singapore tapi tak pernah naik. So kita cuba
di sini. ‘Itik’ ni bergerak terkedek-kedek melintas jalan menuju ke Telaga
Harbour Park. Belakang stesen minyak Petronas, tempat kapal layar berlabuh.
Menikmati suasana redup dan nyaman, apabila tiba splashing point hehe jaga-jaga
bagi siapa yang duduk di tepi. “Itik” terjun masuk air kemudian dari roda
bertukar fungsi kepada bot. Cantik pemandangan.
Perjalanan mengambil masa 45 minit.
Setelah masuk ke dalam air kita dapat lihat pemandangn tempat kapal-kapal layar ini berlabuh |
Pusing-pusing kawasan ini, untuk menikmati pemandangan. |
Tak rugi beli tiket kombo. Puas hati. Dekat 5 jam juga dekat situ
habiskan semuanya. Boleh pilih yang mana satu kita nak pergi dulu tapi paling
terbaik pilih 3D Art Museum dulu. Nanti kalau ramai yang ada situ, malu pulak
nak bergambar. Maklumlah kena gali emosi nak bagi gambar nampak real.
No comments:
Post a Comment