Bawa quran sendiri untuk lebih mudah. Lebih baik quran yang ada word by word tu. |
Ada belajar sikit-sikit nahu |
Kebanyakan ayat Quran ni terdiri dari kata nama jadi bila
kita ikuti kursus ni kita diajar untuk penggal ayat dan detect ayat yang ada
kamu, mereka, aku, kata sendi, kata penyambung dan lain-lain. Jadi kita dapat
tahu kata akarnya yang mana. Sebenarnya perkataan-perkataan bahasa Arab tu
memang dah biasa kita dengar dan ada yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Sebelum datang ke sini memang dua tiga kali jugalah menanya
ustaz ni, “Saya tak pernah langsung belajar bahasa Arab, bolehke? Nanti tak
faham.” Ustaz kata, “Lagi mudah untuk faham”. Tetiba ada pulak yang kata, “Eh
hari tu ada seorang yang pergi tu kata kena ada basic juga.”
Udah goyang juga dibuatnya. Hehe.. Nasib baik mak cik yang
pernah ikuti kursus ni meyakinkan.. boleh..kecualilah kalau buta huruf.
Allah dah kata, al-Quran ini mudah :-
54:17 Sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran itu
menjadi peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran
(daripadanya)?
54:22 Sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran itu
menjadi peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran
(daripadanya)?
54:32 Sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran itu
menjadi peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran
(daripadanya)?
54:40 Sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran itu
menjadi peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran
(daripadanya)?
Ada pasar raya juga di sini, boleh datang tengok |
Semat Quran
Ipoh
99 Jalan
Meru Perdana 1
Taman Meru
Perdana
31200
Chemor, Perak
Kalau dari
Mydin Meru tu menghala ke Chemor, berhadapan sekolah chepor kot nama
sekolahnya. . bangunannya belah kiri. Kalau dari Kuala Kangsar, terus
menghala ke Ipoh dan di Chemor tu ada nampak Shell dan masuk kanan dan terus
je, lepas air terjun Ulu Chepor, bangunan di sebelah kanan.
No comments:
Post a Comment